Thursday, February 21, 2013

Telenovela 'Kalimah Allah'

Telenovela 'Kalimah Allah': Lakonan Majlis Syura–Karpal Singh Memualkan

Pakatan Rakyat masih belum dapat mencari titik penyelesaian dalam isu 'Kalimah Allah'. Media juga berselang seli menyiarkan kenyataan antara ahli-ahli Majlis Syura dengan Karpal Singh yang tidak habis-habis menempelak dan menghentam sesama sendiri.

Majlis Syura menganggap isu tersebut selesai dengan membuat keputusan bahawa 'Kalimah Allah' tidak boleh digunakan di dalam Injil Kristian dan bahawa keputusan itu tertakluk kepada ahli-ahli PAS sahaja.

Tetapi, Karpal menafikan ianya selesai, selagi Majlis Syura tidak menyatakan secara jelas untuk membenarkan Kalimah Allah digunakan di dalam Injil serta menerima hakikat bahawa Majlis Syura tidak ada hak bersuara di dalam Pakatan Rakyat, melainkan di dalam PAS sahaja.

Menganalisis perkembangan ini secara terperinci, kita akan mendapati bahawa isu ini sebenarnya telah lama selesai bagi Pakatan Rakyat.

Ini kerana Majlis Syura sendiri telah menegaskan bahawa keputusan majlis tersebut hanyalah tertakluk kepada ahli-ahli PAS sedangkan hakikatnya, tidak mungkin ada ahli PAS yang terlibat menterjemah atau mencetak Injil dalam bahasa Melayu untuk membolehkan mereka menggunakan Kalimah Allah di dalamnya.

Di masa yang sama, Majlis Syura sebenarnya tidak menghalang, dan tiada hak untuk menghalang mana-mana ahli DAP atau sesiapa sahaja yang bukan ahli PAS untuk berbuat demikian sepertimana yang ditegaskan oleh Karpal Singh.

Ertinya, kedua-dua pihak telah pun menemui titik persetujuan iaitu "Kalimah Allah boleh digunakan di dalam Injil, kecuali oleh ahli-ahli PAS".
Justeru, perbalahan antara Majlis Syura dan Karpal Singh di media hanyalah lakonan dengan skrip yang penuh dengan ayat tersirat. Seperti juga isu Hudud, Isu Kalimah Allah ini juga adalah satu lagi Telenovela yang tiada penghujung bagi PR, walaupun secara dasarnya ia telah pun tamat dengan PAS akur kepada kehendak DAP.

Bukan kita tidak tahu bahawa DAP perlu menunjukkan pada kaum bukan Melayu betapa mereka kuat, tegas dan mampu mengawal PAS dari membawa unsur-unsur Islam ke dalam pentadbiran PR. Isu kalimah ini, bukan sahaja menjadi 'tanda aras' kepatuhan PAS kepada DAP, tetapi juga merupakan strategi serampang dua mata di mana ia turut memberi kelebihan kepada puak Kristian untuk memurtadkan umat Islam.
Era BlackBerry®

No comments:

Post a Comment