Monday, May 20, 2013

MANSUH DEWAN NEGARA AGENDA DAP HAPUS KUASA MELAYU

Agenda jahat parti rasis dan perkauman Cina, Dap semakin terserlah apabila pengerusi kebangsaannya Karpal Singh mencadangkan pemansuhan peruntukan bagi kewujudan Dewan Negara di dalam Perlembagaan Malaysia.

Alasan yang diberikan iaitu Dewan Negara tidak diperlukan dan hanya membazir wang rakyat adalah dangkal, tidak masuk akal dan tidak bertapak kepada asas-asas ilmu perlembagaan.

Alasan yang kedua yang diberi ialah dakwaan Dewan Negara disalahgunakan oleh Barisan Nasional untuk melantik calon-calon yang kalah di dalam pilihan raya umum sebagai Senator sebagai landasan untuk dilantik ke dalam Kabinet.

Tindakan tersebut katanya dianggap sebagai pintu belakang untuk melantik calon-calon tertentu sebagai menteri.

Apa yang tidak disebut Karpal ialah penjelasan kewujudan serta fungsi sebenar Dewan Negara sebagaimana yang kekal termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

Inilah taktik pembangkang yang sentiasa mengungkit-ungkit isu-isu sensitif yang berhubung kait dengan Perlembagaan dengan menyembunyikan fakta dan menutup kebenaran.

Ini termasuk mempersoal serta memperlekehkan isu-isu seperti hak-hak istimewa orang Melayu, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, status Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia, serta institusi-institusi raja-raja Melayu.

Dengan menimbulkan dakwaan-dakwaan yang tidak berasas dan lebih berupa fitnah, pembangkang berharap rakyat yang kebanyakannya tidak memahami isu-isu yang berkaitan Perlembagaan akan turut termakan dengan fitnah yang bakal merosakkan masa depan dan kestabilan politik negara.

Dewan Negara atau juga dikenali sebagai senat adalah salah satu daripada Majlis Parlimen yang duduk di bawah kuasa perundangan Persekutuan Malaysia seperti mana di sebut dalam Perkara 44 Perlembagaan Malaysia.

Ia bertindak sebagai dewan perwakilan rakyat yang tertinggi di Malaysia bersama satu lagi dewan yang dipanggil sebagai Dewan Rakyat.

Dewan Negara mempunya keahlian seramai 70 orang yang digelar Ahli Dewan Negara atau Senator di mana 26 dipilih melalui pengundian oleh negeri dengan 2 Senator setiap negeri di Persekutuan and 44 lagi dilantik dan dipilih oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

Tugas utama Dewan Negara ialah mengkaji semula dan meluluskan rang undang-undang yang dibawa naik oleh oleh Dewan Rakyat.

Rang undang-undang perlu diluluskan oleh kedua-dua dewan sebelum akhirnya dipersembahkan kepada Yang Di Pertuan Agong untuk perkenan Baginda.

Antara muslihat Karpal supaya Dewan Negara dimansuhkan ialah bidang kuasa dewan ini yang amat besar dalam soal mana-mana Rang Undang-undang
yang bertujuan membuat pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.

Ini kerana Dewan Negara mempunyai kuasa untuk menolak dan membatalkan sebarang Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan kelebihan majoriti 2/3 dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat pada bacaan kali kedua dan kali ketiga.

Ini bermakna mana-mana Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagan Persekutuan bukan sahaja mesti diluluskan oleh majoriti 2/3 di Dewan Rakyat Dewan Rakyat tetapi juga mesti diluluskan dengan majoriti 2/3 di Dewan Negara.

Muslihat Karpal mudah dibaca - dengan jumlah ahli parlimen pembangkang seramai 89 di dalam Dewan Rakyat pasca Pilihan Raya Umum ke-13, dan sekiranya Anwar Ibrahim berjaya membeli ahli-ahli parlimen daripada Barisan Nasional melalui tawaran imbuhan wang jutaan ringgit, pembangkang boleh menumbangkan kerajaan.

Anwar telah mencuba membeli 30 ahli parlimen BN pasca PRU 2008 dan tidak munasabah ia dilakukan semula berdasarkan senario tsunami politik Cina yang meletakkan Dap sebagai parti yang mempunyai jumlah kerusi terbanyak iaitu 38 berban berbanding PKR (30) dan Pas (21).

Dewan Negara mempunyai kuasa veto untuk menolak Rang undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan yang diperuntukkan di bawah - Artikel 68(5) Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Apabila Dewan Negara di mansuhkan maka kuasa veto yang dimilikinya untuk melindungi serta mempertahankan Perlembaagaan Persekutuan turut juga terhapus.

Maka mudahlah pembangkang yang diketuai oleh Dasp untuk menghapuskan satu persatu insttitusi yang berkaitan kepentingan dan kedaulatan bangsa Melayu.

Inilah sebenarnya agenda licik Karpal yang sejajar dengan agenda parti Pap Singapura yang sudah berjaya meminggirkan bangsa Melayu si pulau itu.
Era BlackBerry®

Friday, May 17, 2013

Cina Perlu Pilih Antara ‘Malaysia 1st’ atau ‘Chinese 1st’

Kaum Cina Malaysia sebelum ini begitu 'galak' menghentam sesiapa sahaja yang mempertahan hak Melayu atau yang mempersoal kesetiaan mereka kepada negara. Tidak perlu pun menghina kaum Cina, tetapi sekadar memetik sejarah dengan mengingatkan mereka bahawa mereka adalah kaum pendatang juga, pasti akan menerima padahnya. Mereka tidak akan berhenti menyalak selagi yang terlibat tidak diambil tindakan.

Namun, bila pihak mereka menghina negara ini, orang Melayu, agama Islam dan kerajaan serta pihak berkuasa sehingga ke tahap memuatnaik penghinaan tersebut ke internet, ia tetap wajib dimaafkan. Jika tidak mereka akan menyalak juga bahawa kerajaan kejam.

Untuk menutup sikap berat sebelah serta pengkhianatan dan kebiadapan mereka, mereka tidak henti-henti memomokkan bahawa UMNO itu rasis atau Perkasa itu pelampau Melayu. Tuduhan ini dimainkan tanpa henti sehingga ia melekat kuat di hati dan pemikiran kaum itu.

Kononnya, mereka adalah kaum yang ditindas oleh UMNO dan Perkasa pula ingin meningkatkan penindasan tersebut. Kononnya kesemua kaum di Malaysia sukar untuk bersatu selagi kedua-dua organisasi ini yang menghalangnya. Malah mereka sering menyeru untuk kedua-dua organisasi ini mendahulukan 'Malaysia' sebelum 'bangsa' (Malaysia 1st, Malay 2nd).

Hakikatnya, itulah yang UMNO dan Perkasa mahukan iaitu agar semua kaum mendahulukan Malaysia sebelum bangsa. Kerana itu juga kita mendesak kepada sistem satu sekolah untuk semua. Kerana itu juga kita inginkan semua kaum memperkasakan Bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan bukan sahaja untuk memudahkan pergaulan tetapi juga untuk menjulang erti 'Malaysia 1st' seperti yang dilaungkan kaum Cina.

Tetapi, yang menolak segala usaha ke arah 'Malaysia 1st' ini sebenarnya adalah kaum Cina sendiri.

Sudah terlalu banyak kali kita menyaksikan bagaimana kesetiaan mereka terhadap negara ini tidak asli. Lihat sahaja bagaimana Namewee menghina negara ini dan tiada seorang pun dari kaum Cina yang mengecam perbuatannya. Lihat sahaja siapa yang menterbalikkan bendera Malaysia dengan BANGGA!? Malah, akbhar Utusan Malaysia hari ini juga telah mengulas tentang bagaimana kaum Cina yang sering memalukan Malaysia di luar negara.

Bukan kita tidak tahu begitu ramai kaum Cina yang keluar negara untuk belajar atau berhijrah gemar sekali memburuk-burukkan Malaysia tanpa sedikit pun rasa bersalah. Tiada sedikit pun rasa sayangnya kepada negara ini seolah-olah hidup mereka di sini tersangat susah, seolah-olah Malaysia begitu buruk, hodoh lagi busuk.

Sedangkan hakikatnya, di negara inilah mereka menikmati kemewahan malah diberi tempat di dalam kerajaan yang mana hampir mustahil bagi minoriti di negara lain. Malah, hanya di negara ini mereka dapat menubuhkan sekolah berasingan untuk bangsa mereka dengan diiktiraf dan dibantu kerajaan. Hanya di negara ini mereka dibenarkan mencetak akhbar dalam bahasa ibunda yang giat menghasut dan memburukkan kerajaan. Hanya di negara ini, hari perayaan agama dan adat mereka diiktiraf sebagai cuti umum.

Namun, semua ini langsung tidak dihargai oleh mereka. Apabila BERSIH berdemonstrasi di sini, mereka yang berada di luar negara turut sama memakai baju kuning mengangkat sepanduk, bangga memfitnah negara sendiri.

Lihat saja apa yang terjadi kepada kaum Cina Malaysia yang bekerja di Singapura apabila terlalu ghairah membenci negara sendiri konon kejam dan terkongkong, mereka lupa bahawa negara yang mereka puja-puja sebagai sempurna itu adalah jauh lebih mengongkong lagi. Akibatnya, mereka ditahan dan diambil tindakan tanpa bercakap banyak oleh pihak berkuasa negara itu sedang rakan-rakan mereka di Malaysia masih terus bebas berhimpun mencabar kerajaan di sana sini.

Oleh itu, pesan kita kepada kaum Cina hanya satu iaitu jika ingin terus membuat kerosakan, sekurang-kurangnya janganlah hipokrit. Usahlah berpura-pura setia kepada negara kerana semua orang tahu bahawa anda membenci negara ini.

Usah berpura-pura melaungkan ketelusan kerana parti DAP sendiri adalah bapa kepada segala ketidaktelusan sehinggakan ahli sendiri pun ditipunya secara terbuka dengan memanipulasi pemilihan CEC.

Usah berpura-pura kononnya ditindas kerana satu dunia tahu bahawa ekonomi negara ini dikuasai Cina.

Usah berpura-pura dengan melaung dan berhimpun konon tiada kebebasan bersuara sedangkan laungan dan himpunan itu sendiri telah menyatakan sebaliknya.

Usah berpura-pura inginkan perpaduan kerana perjuangan mempertahankan Sekolah Vernakular dengan sendirinya membuktikan bahawa kaum Cina tidak inginkan perpaduan.

Usah berpura-pura inginkan keadilan kerana perjuangan ke arah kesamarataan itu sebenarnya adalah helah untuk menelan kaum lain. Jika benar inginkan kesamarataan, maka kaum Cina perlu terlebih dahulu membahagi-bahagikan 80% bahagian mereka dalam kek ekonomi negara kepada kaum-kaum lain.

Justeru, pendek kata, usah berpura-pura lagi dan berdirilah atas perjuangan yang sebenar iaitu kaum Cina hanya pentingkan diri. Berkata benarlah bahawa apa yang kaum Cina perjuangkan hari ini hanyalah satu iaitu; untuk meletakkan kaum mereka di tempat paling utama atau 'Chinese 1st, Malaysia last'.

Hakikat ini sudah jelas dan penulis pasti kaum Cina sendiri sudah tidak dapat menafikannya. Justeru, kerajaan dan semua rakyat Malaysia wajar menerima hakikat ini dan menanganinya sebaik mungkin agar negara tidak hancur gara-gara ketamakan kaum Cina.

Era BlackBerry®

Thursday, May 9, 2013

Anwar Hilang Sokongan Melayu

Himpunan Bantah PRU-13 yang diadakan di Stadium Kelana Jaya semalam telah mengumpulkan seramai 40,000 penyokong PR. Selalunya, himpunan sebegini adalah 'kerja' orang-orang PAS sementara DAP duduk menontonnya di komputer riba masing-masing. Tetapi kali ini tidak nampak pula Unit Amal ataupun muslimah-muslimah dengan anak-anak kecil dan orang-orang tua turut 'berjihad' walaupun perhimpunan ini melibatkan PR secara keseluruhan bukan hanya PKR dan DAP.

Yang hadir di perhimpunan anjuran PR kali ini adalah terdiri dari 80% kaum Cina. Hanya 10% sahaja Melayu manakala selebihnya adalah lain-lain bangsa.

Dalam perhimpunan itu Anwar bercakap mengenai 'penipuan dalam PRU-13' dan undi popular yang kononnya memihak kepada PR. Sedangkan PRU di Malaysia adalah berdasarkan jumlah kerusi. Tetapi jika populariti yang diambil-kira pun, Anwar harus sedar bahawa beliau sudah tidak lagi popular walaupun di kawasan sendiri. Majoriti Anwar merosot hampir 4,000 undi walaupun bertanding dengan orang baru.

Hakikatnya, orang Melayu sudah menolak Anwar. Buktinya, PAS juga tidak lagi mengerahkan balacinya untuk memeriahkan himpunan yang ditaja Anwar. Kali ini yang menyokong Anwar adalah minoriti kaum Cina. Dan perkataan 'minoriti' itu sendiri sudah seharusnya memberi makna yang jelas dalam konteks demokrasi yang dilaungkan oleh Anwar sendiri.

Orang Melayu rata-ratanya sudah letih dengan Anwar. Biarpun masih ada yang enggan mempercayai segala skandal seksnya namun tiada siapa boleh menafi kekayaannya yang luar biasa. Biarpun masih ada Melayu yang membenci UMNO tetapi mereka juga sudah muak dengan politiking yang keterlaluan.

Jika dahulu mereka menuduh UMNO sebagai kebelakang, ketinggalan dan kolot dan kononnya Anwar adalah pembawa pembaharuan dan perubahan. Namun, politik yang melampau yang diamalkan oleh Anwar menunjukkan yang beliau sendiri tidak matang dan tidak professional.

Orang Melayu sudah jauh ke hadapan meninggalkan Anwar, cuma segelintir sahaja yang boleh diperdaya dengan gambar kotak yang tersusun elok dikatakan sebagai jatuh dari helikopter. Dan Cuma segelintir sahaja yang menyahut seruan Red Bean Army DAP yang kurang cerdik membuat cerita gangguan elektrik di pusat pengundian dan memuatnaik beritanya terlalu awal. Dan segelintir sahaja yang boleh percaya bahawa stadium berkapasiti 25,000 boleh memuatkan sehingga 100,000 lebih manusia.

Hakikatnya, orang Melayu adalah jauh lebih cerdik dari Anwar mahupun DAP. Menyedari hakikat inilah maka DAP ingin menyekat kemaraan kaum Melayu dengan memberi tekanan kepada kerajaan melalui undi. Tetapi, apalah yang diharapkan dari strategi DAP yang mengira pun tidak tahu dan menggunakan komputer pun terkial-kial sehingga memaksa parti itu berhadapan risiko dibatalkan pendaftaran. Tidak cukup dengan itu, menaip pun tersalah sehinggakan harga kontrak bertambah lebih RM2 juta.

Justeru, Anwar kini hanya mendapat sokongan kaum Cina DAP. Tetapi, kita percaya Anwar, walaupun lembab, beliau cukup maklum bahawa sokongan DAP kepadanya bukanlah ikhlas. Malah, di dalam perhimpunan semalam juga, kedengaran beberapa kumpulan Cina yang agak berumur dan matang memaki hamun Anwar kerana gagal membawa DAP ke Putrajaya.

Jika kita perhatikan, di akhir-akhir tempoh berkempen, Anwar sebenarnya semakin lantang mengambil hati kaum Cina dengan menjanjikan penghapusan hak-hak Melayu. Atas janji itu, kaum Cina berpaling dari 'Ah Jib Gor' dan memberi 97% undi kepada DAP/PR. Mereka tidak sedar bahawa Anwar juga sama seperti mereka iaitu tidak secerdik mana.

Oleh itu, himpunan semalam menyaksikan Anwar walaupun dikelilingi 40,000 orang, tetapi beliau sebenarnya keseorangan bersama isteri dan balaci tersohor DAP iaitu Mat Sabu. Tiada Hadi Awang, tiada Azmin Ali, tiada Mahfudz Omar, tiada Salahuddin Ayob malah tiada Karpal Singh bersamanya.

Yang ada hanyalah 80% Cina yang menunggu penjelasan Anwar kenapa beliau tidak mampu menarik undi Melayu kepada PKR.
Era BlackBerry®

Sunday, May 5, 2013

Himpunan 505 a.k.a BERSIH 4.0 Sudah Bermula

Sumber dalaman mengesahkan bahawa satu himpunan membantah keputusan pilihanraya sedang digerakkan. Pada saat dan ketika ini para cybertroopers pembangkang termasuk facebookers and twitters sedang membina momentum dengan menyebar provokasi-provokasi yang mereka rancangkan di tempat-tempat pengundian.

Media asing juga turut memain peranan memetik semua provokasi yang ditimbulkan dan memperbesarkannya di peringkat antarabangsa.

Nampaknya, penyokong-penyokong PR benar-benar tekad ingin menghancurkan negara ini dan menggadaikan segala nikmat keselesaan yang kita kecapi demi atas nama 'perubahan'.

Mereka benar-benar percaya bahawa SPR tidak telus, dan benar-benar percaya bahawa kerajaan begitu kejam dan tidak adil walaupun hakikatnya mereka telah diberi berbagai peluang untuk menyuarakan bantahan secara aman.

Segala usaha ke arah huru-hara ini tidak akan berjaya jika penyokong-penyokong mereka tidak begitu mudah diperdaya dan berfikir sejenak tentang nasib dan masa depan anak-anak mereka. Namun, nampaknya manusia yang telah dicuci otaknya memang sukar untuk melihat kebenaran di depan mata jauh sekali memikirkan akibatnya.

Kini, apa yang dapat kita lakukan adalah bersedia dan berdoa. Kita menaruh sepenuh harapan kepada kepimpinan dan pasukan keselamatan negara untuk mengekang gerakan anarki pembangkang.

Setakat ini, sumber memberitahu bahawa kekecohan di pusat pengundian yang dirakam dan dimuat naik ke internet akan berterusan dan berganda walaupun tiada satu pun dari kes yang digembar-gemburkan itu dibawa kepada wakil parti di pusat pengundian untuk membuat bantahan.

Perancangan seterusnya akan bermula sebaik tamat pembuangan undi apabila mereka merasakan kemarahan rakyat sudah sampai di kemuncaknya. SMS dan risalah akan menyusul bagi mengapi-apikan lagi keadaan. Mereka kan bergerak bermula malam ini ke lokasi yang telah ditetapkan lalu dipecah-pecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil.

Satu kumpulan akan menghalang laluan ke Putrajaya bagi memberi gambaran kononnya pihak kerajaan berusaha melarikan dokumen penting kerana takut mereka menjumpainya. Tempat berkumpul dikenalpasti sebagai Masjid Putra.

Sasaran utama ialah Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Sekiranya mereka tidak mendapat jumlah yang disasarkan maka perhimpunan mereka ini akan dengan sendirinya gagal.

Justeru, sudah menjadi tugas setiap dari kita untuk membantu membuka mata rakan-rakan dan saudara-mara agar jangan mudah terpengaruh untuk turun berdemonstrasi memusnahkan negara ini.

Semoga usaha terakhir kita untuk menyedarkan mereka mampu menyelamatkan kita semua dan negara ini dari musnah sama sekali.
Era BlackBerry®

Wednesday, April 24, 2013

Tidak Pernah Turun Padang Ngeh Ditengking Nelayan

Sudah ramai yang tahu, pembangkang ni memang hebatnya membangkang, bab nak melaksanakan paling liat. Manifesto ditabur semewah-mewahnya, tetapi bila dituntut ada banyak pula dalihnya.

Masa sebelum jadi wakil rakyat, rajin nampak batang hidung, bukan apa.. Nak meraih undi. Tetapi, habis je pilihan raya, dah dapat apa yang di perlukan dan dapat habuan yang dijanjikan, senyap menyepi macam tak pernah kenal.

Buktinya, calon DAP Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham ditengking oleh seorang warga emas penduduk Pantai Remis. Beliau ditengking sebaik beliau datang untuk berkempen di sebuah kedai kopi di sana.

Warga emas tersebut juga enggan bersalaman dengan Datuk Ngeh kerana beliautidak berpuas hati sepanjang 5 tahun Datuk Ngeh menjadi ahli parlimen Beruas. Menurut warga emas itu, Ngeh tidak pernah sekali pun turun padang untuk menyelesaikan masalah penduduk-penduduk.

Warga emas tersebut juga kecewa kerana DAP gagal menyelesaikan masalahbeliau sebaliknya bertindak "lepas tangan". Dia juga meminta dan menyeru pengundi agar menolak pemimpin sebegini kerana tidak komited sebagai ahli parlimen. Inilah padahnya kalau bagi peluang pada pembangkang. Mereka ini baru nak memerintah tetapi belagaknya macam dah tadbir satu dunia.

Sama lah juga dengan apa yang terjadi di negeri-negeri lain di bawah pentadbiran pembangkang. Seksa rakyat dibuatnya. Mereka ini memang pandai menjual kata, ibarat menanam tebu di pinggir bibir. Tapi yang jadi mangsa, rakyat. Samalah dengan Tan Sri Khalid, berani pula dia cakap Klang seharusnya lebih maju jika diurus selia dengan lebih baik.

Nampaknya, masing-masing dah nyanyuk. Kan Klang di bawah pemerintahan Selangor, sudah tentulah bawah kuasa Khalid Ibrahim sendiri. Meludah ke langit, jatuh di muka sendiri. Taksub sangat dengan kuasa sampai lupa dekat mana letak duduk diri sendiri. Janganlah tertipu dengan slogan pakatan pembangkang itu, bukan IniKalilah, tetapi percayalah, LainKalilah lebih berkesan.

EraBlackBerry®

Thursday, April 18, 2013

Sikap Berdiam Diri Mustafa Ali Menguntungkan BN

Setakat artikel ini ditulis (18 April 2013), belum ada satu pun laporan polis dibuat oleh Mustafa Ali berhubung penyiaran video aksi lucah yang dikaitkan dengan Setiausaha Agung PAS itu.

Sebaliknya mengikut kenyataan pihak polis, hanya beberapa laporan mengenai pengedaran cakera padat video itu sahaja yang dilaporkan.

Sepatutnya, Mustafa perlu membuat satu laporan polis supaya satu siasatan menyeluruh dapat dilaksanakan dan tindakan perundangan dapat diambil terhadap individu yang melakukan aksi lucah itu.

Itu sahaja langkah terbaik sesuai dengan saranan Pengerusi Lajnah Tatatertib PAS, Wan Mutalib Wan Embong yang mahukan melaporkan perkara itu kepada pihak polis untuk mencari kebenaran demi membersihkan semula namanya.

Gayanya seperti pemimpin veteran yang merupakan orang kanan kepada Presiden PAS itu lebih selesa mengambil sikap berdiam diri dan hanya bergantung harap pada penafian sambil lewanya sahaja.

Ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ramai pemimpin dan penyokong PAS yang melihat langkah sedemikian buruk kesannya kepada imej PAS dan hanya menguntungkan BN.

Sekadar membuat penafian sambil lewa dengan menyalahkan UMNO, tidak pun terungkai kebenaran sementelah lagi umum tahu wanita yang terlibat dalam video seks itu sendiri adalah orang yang rapat hubungannya dengan Mustafa.

Malah alasan yang mengkambing hitamkan UMNO atas segala tingkah laku buruk pimpinan PAS, PKR atau pun DAP, sudah lali bagi penyokong PAS apatah lagi ia sudah tak diterima pakai oleh khalayak ramai.

Atau sebenarnya, Mustafa sengaja tidak membuat laporan polis kerana bimbang kebenaran terungkai mengenai kewujudan konspirasi menjatuhkannya yang direncanakan oleh musuhnya dalam PKR dan PAS?

Yang mana bila ia berlaku sebegitu, dikhuatiri akan memburukkan lagi hubungan kedua-dua parti sepakatan dalam PR itu sekaligus memberi keuntungan politik pula untuk BN.


Era BlackBerry®

Wednesday, April 17, 2013

Mampukah Mukhriz Menang di Kubu Kuat PAS?

Dato' Mukhriz Mahathir adalah sebuah nama yang begitu sinonim dengan rakyat Kedah, terutama di pelusuk-pelusuk kampung. Bagaimanapun, nama bapanya, nampaknya telah berlaku tidak adil kepadanya kerana walau sekuat manapun beliau bekerja, beliau tetap dituduh sebagai menumpang nama bapa. Walaupun beliau merangkak dan menapak dari bawah, beliau tetap dituduh naik lif terus ke atas.

Ini berlaku bukan sahaja dalam politik, tetapi dalam apa jua yang dilakukannya, seperti berniaga.

Tidak adil juga jika kita berkata bahawa nama bapanya tidak memainkan peranan langsung, tetapi itulah lumrah dunia di mana 'nama' memain peranan penting untuk menarik minat dan kepercayaan orang ramai, terutamanya dalam bidang perniagaan. Namun, itu tidak bermakna beliau menyalahgunakan pengaruh itu, kerana terbukti beliau seorang yang arif tentang selok-belok berniaga dan bukannya berjaya tanpa berusaha. Beliau juga pernah jatuh, bangun dan berhadapan dengan risiko, gagal serta bangun kembali.

Oleh kerana pengalaman yang luas dan 'berpeluang' menghadapi sendiri apa yang dikatakan persaingan di alam perniagaan sehingga dikategorikan sebagai antara tokoh yang paling berjaya, maka Dato' Mukhriz pastinya cukup memahami jerih perih rakyat biasa.

Benarlah kata orang bijaksana, iaitu "ahli politik yang paling berkesan ialah ahli politik yang telah pun berjaya dalam bidang lain".

Walaupun Dato' Mukhriz telah mengukir namanya sendiri dalam persada negara, namun beliau tidak pernah mengabaikan kawasannya. Bukan sekali dua beliau bermalam di kampung-kampung rumah pemimpin cawangan malah berkali-kali. Beliau juga tidak kekok turun ke hutan dan meranduk selut untuk menghayati kehidupan orang kampung sekali gus memahami masalah mereka dan menyelesaikannya. Ini melenyapkan terus tuduhan bahawa beliau membawa imej 'elit' dan tidak sesuai dengan 'keperibadian' negeri Kedah.

Apa yang menarik ialah, segala kerja kuatnya ini jarang sekali dilaporkan atau diketahui oleh sesiapa melainkan orang-orang kampung jua. Oleh yang demikian, walaupun terdapat cakap-cakap negatif mengenai beliau di peringkat kepimpinan bawahan di Kedah, rakyat Kedah sendiri secara amnya, menadah tangan bersyukur dengan pencalonan Dato' Mukhriz di DUN dan bukan Parlimen.

Era BlackBerry®