Friday, June 8, 2012

Pentingkan Diri & Parti


Tak selesai-selesai lagi selangor ni dengan masalah air. Mintak nak bekerjasama dengan pusat mereka tak nak. Atas alasan parti yang berlainan, yang jadi mangsa rakyat sendiri.


Cubalah bawak ketepi masalah parti dan politik. Fikirkan rakyat yang susah payah dengan anak-anak kecik, mana yang kurang upaya, golongan tua, ibu-ibu yang sedang dalam pantang, mereka-mereka yang pergerakkan amat terbatas yang perlukan kemudahan air yang bersih.

Banyak pihah yang cuba nak bantu, tetapi oleh kerana lebih mementingkan parti politik, sanggup menggadai nyawa rakyat jelata. Ada yang mengatakan nak guna mesin basuh pun tak lepas disebabkan oleh tekanan masalah pada tekanan air yang tak kuat dan amat perlahan.

Pada mereka sekiranya diterima perlawaan kerjasama dengan kerajaan pusat, rakyat akan hilang kepercayaan dan tak akan sokong mereka lagi. Oleh sebab itu segala bantuan oleh kerajaan pusat seperti tidak dipedulikan.


angrybird's BlackBerry®

No comments:

Post a Comment