Thursday, June 7, 2012

Masa Kelas BM Patut Dipendekkan ? Engko Mmg Rasis Dong Zong !

Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat agung tahunan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) yang ke-61 sekali lagi menunjukkan sikap kiasu mereka. Selama ini, organisasi ini telah menuntut segala permintaan yang tidak munasabah, tidak praktikal dan juga perkara yang tidak mungkin boleh dilakukan oleh kerajaan semata-mata untuk memenuhi semangat perkauman mereka. Mereka menjelaskan bahawa mereka tidak akan berhenti sehingga tuntutan mereka dipenuhi sepenuhnya. Toleransi dan persefahaman, ataupun rasa hormat seakan-akan tidak wujud dalam kamus mereka. Patriotik, pembinaan negara, praktikal dan juga jawapan yang diberikan oleh kerajaan tidak akan didengari oleh mereka.


Dan kita hanya boleh menggelengkan kepala apabila mereka kini tidak puas hati tentang tempoh kelas pelajaran Bahasa Malaysia (BM) bagi pelajar darjah 4-6 di sekolah-sekolah rendah Cina. Pada masa ini, mata pelajaran BM mengambil masa 6 slot bagi jadual waktu dan akan ditingkatkan kepada 9 slot pada tahun 2014. Dong Zong sudah tentu akan menentang cadangan ini, dan mendakwa bahawa ianya terlalu banyak. Terlalu banyak daripada apa? Terlalu banyak Malaysia? Adakah mereka takut bahawa anak-anak mereka akan menjadi rakyat Malaysia sejati?

Pihak Kementerian semestinya mempunyai sebab-sebab tertentu dalam membuat cadangan untuk peningkatan slot BM di sekolah-sekolah Cina, dan ia tidak sukar bagi kita untuk mencari sebab-sebabnya.
Cuba anda bertanya kepada orang ramai tentang soalan-soalan seperti berapa kali mereka perlu ulang soalan mereka setiap kali mereka kepada pekerja Cina di salun rambut, hanya kerana pekerja tersebut tidak mahir berbahasa melayu, dan juga Bahasa Inggeris.

Dan penulis masih ingat akan pengalaman penulis menemani rakan ke showroom kereta dan jurujual Cina tersebut tidak dapat memberikan kami maklumat yang cukup terhadap kereta tersebut dan juga prosedur pembelian hanya kerana dia tidak menguasai BM dan Inggeris!

era

No comments:

Post a Comment