Friday, June 8, 2012

Perasan Bijak Rupanya Pendek Akal

Apa kena dengan sistem pentadbiran Selangor hari ni. Lepas satu, satu permasalahan dapat dihidu oleh pihak media. Selama ni mungkin ramai yang tak tahu, tak perasan sebab hanya cakap-cakap mulut dari seorang ke seorang. Tetapi apabila dah terpampang kat surat-surat khabar, kat media elektronik barulah ada yang mula sangsi dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang mereka megah-megah selama ni.

Ada yang bersungguh-sungguh nak kan kerajaan sekarang menukar pucuk pimpinan kepada pembangkang, konon Barisan Nasional banyak masalah. Hari ni apa yang kita tengok setiap permasalahan dalam kepimpinan BN dapat diselesaikan dengan cara persetujuan dari pelbagai pihak dan memberi manfaat kepada semua.


Berlainan pulak dengan pihak pembangkang. Selain isu air di Selangor, isu pendidikan yang melibatkan masa depan golongan pelajar di institusi pengajian tinggi. Ekoran daripada pihak pembangkang yang mahu PTPTN di mansuhkan, yang terpaksa menanggung segala susah adalah pelajar-pelajar.

Terlajak perahu boleh undur atau di tarik semula dengan tali, tetapi bila dah terlajak kata kerana tak fikir apa kesan, banyak pihak yang terpaksa menanggung akibatnya. Bukan semua keluarga yang punya anak belajar kat pengajian tinggi mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menanggung perbelanjaan pendidikan anak-anak mereka. Pelajar-pelajar akan ada yang mengalami gangguan emosi ekoran masalah kewangan yang dihadapi.

Kesan dari semua ini kesalahannya berpunca kerana kepimpinan yang tidak bijak dalam mempuat penilaian, keputusan yang melibatkan banyak pihak termasuk masa depan anak bangsa sendiri.


angrybird's BlackBerry®

No comments:

Post a Comment