Di ceritakan “Ada seorang hamba Allah kerana nak tebus dosa panggil orang bagi makan dan diberi angpow. Sayangnya pemberian itu bukan saja tidak ikhlas tetapi tersalah adat. Niat untuk berbaik jadi sebaliknya. Begitulah kalau hidup kita sendiri tungang langang dan tak tahu adat. Bila sesekali hendak berbuat baik jadi sebaliknya. Makanya kita kena beradat sepanjang masa, tahu menghormati orang dan tahu berterima kasih sertas tidak memaki hamun dan menuduh orang kononnya lebih buruk dan teruk dari kita yang sebenarnya hampak bangar”. ini lah petikan ayat yang aku jumpa bila mencari bahan untuk tulisan aku kali ini.
Baik, salam sahabat , masih lagi bernafas dan bergerak sama saperti semalamnya , semoga Allah melindungi kehidupan seharian kita selamanya, InsyaAllah.
Ayat diatas tadi adalah tulisan sesaorang yang amat berdendam dengan Dato’ Ibrahim Ali, dan tulisannya disokong pula oleh orang yang dulunya pernah memohon bantuan Tok Yem tetapi di tolak dan mungkin orang ini masih ada dendam pada Tok Yem, dan kejadian ini memberi ruang kepada mereka untuk menghentam Tok Yem Presiden Perkasa, yang kini cukup popular mengalahkan Artis yang baru menang award.
Baik sahabat pembaca sekelain, Sehari dua ini kecoh dengan isu pemberian Angpau dalam enverlope ‘warna putih’ oleh Presiden Perkasa Dato’ Ibrahim Ali yang memberi sumbangan sempena sambutan tahun baru Cina di perkarangan dewan Kelab Sultan Sulaiman pada 29 januari 2012 baru lalu.
Tiada apa pun yang ganjil sebab yang menerima dan saksi penerima pun tak kata apa.
Tetapi menjadi isu bila mana di dalam Blog dan FB mula mempertikaikan pemberian sumbangan ‘Tok Yem’ itu, yang dianggap menghina majlis kegamaan mereka.
Menurut kenyataan yang di baca Naib presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong berkata “pemberian angpow dalam sampul putih pada Tahun Baru Cina – sebagai festival kegembiraan – menunjukkan presiden PERKASA Ibrahim Ali tidak sensitif dan tidak ikhlas”.
Pada kaum Cina Putih dianggap sebagai warna yang digunakan dalam upacara kematian dalam adat resam kaum Cina. Aku rasa tak ramai orang melayu yang tahu hal ini..tetapi aku tak menafikan bahawa warna hitam cukup tidak digemari oleh kaum mereka kerana dikaitkan dengan kemurungan @ kesedihan, tetapi tidak pula aku tahu Putih juga terlibat dengan kesedihan, kot warna apa lah yang mengembirakan mereka? Merah? tak pula aku lihat hari hari mereka berbaju merah.
Mah Siew juga menyifatkan Ibrahim Ali sebagai pemimpin yang cuba menghalang usaha 1Malaysia Perdana Menteri, ha!! kat sini aku ada point nak balas…. dalam 1 Malaysia ada warna mati warna hidup ke? tak payah lah nak kaitkan 1 Malaysia dengan budaya kaum dan adat beragama.
Jika benarlah terjadi perkara yang boleh mengugat keharmonian dan penghinaan terhadap sesuatu budaya agama, mengapa tetamu yang hadir tidak pun membantah pengunaan anverlope ini semasa menerima? dan mengapa Ahli jawatankuasa MCA bahagian Seputeh, Collin Tiew yang turut bersama di majlis tersebut tidak memberikan nasihat “tidak boleh mengunakan enverlope putih?’.
Sebenarnya tak ada isu pun dan tiada penghinaan pun yang berlaku tetapi perkara telah dilihat saperti memberi ruang bahas politik yang boleh melonjakkan nama sesaorang.
Sesaorang yang dapat melihat peluang atau bola tanggung yang tunggu untuk di lipat. Apatah lagi sekarang ini Perdana Menteri sedang mencari “winnable candidate” untuk PRU ini 13.
Dan serangan ini di harap akan dapat memberi peluang pada nama yang nak tengelam untuk timbul semula, walaupun dalam keadaan nafas nafas ikan.
Jika pemberian iklas Dato’ Ibrahim dianggap cuba menghina mengapa mereka ini menerima dengan senyum tanpa menunjukkan rasa terkejut?
Baik jika angoota Barisan Nasional ini mendesak agar PERKASA diambil tindakan kerana dikatakan menghia upacara ‘keagamaan’ mereka mengapa tidak pula mereka mereka mendesak agar kaum mereka yang terang dan jelas menghina ‘adat’ agama Islam sendiri, saperti pemberian dagi korban akikah? walaupun tidak melibatkan pemimpin BN tapi bila bercakap soal ‘adat’ beragama mengapa mereka sendiri tidak sensitif?.
Mempertikai soal Azan penunjuk waktu solat dan seruan untuk mengerja kan solat, mengapa tiada pun dari puak mereka yang menghalang kaum kaum mereka dari mempersoalkan Azan?
Bukankah perkara yang disebut adalah adat adat didalam beragama, dalam Islam tiada warna warna penentu adat agama, selama ini kita sebagai rakyat Malaysia sentiasa menghormati adat adat beragama didalam ugama mereka, saperti contoh membakar ‘wang kertas’ yang bertujuan di berikan kepada roh simati, ada tak orang Islam mempertikaikan hak mereka membakar ‘sampah’ tersebut walaupun asap dan kekotoran sampah itu masuk kedalam rumah jiran yang beragama Islam? pernah dengar?.
Pernah kah orang Islam membantah upacara memecah kelapa didalam upacara agama kaum Hindu?, walhal kelapa kalau dijual santannya boleh mencecah rm1.40 sebiji. cuba hitung berapa ribu biji kelapa di buang begitu sahaja? kan membazir nama nya tu.. membazir tu kan kerja?
Sebenarnya apa yang berlaku adalah akibat bila memilki kerajaan yang lemah dan agama Islam hanya sekadar hiasan sahaja, buka satu anutan.
Program Perkasa ini merupakan satu usaha yang baik dalam memahami silang budaya, namum kerana kesilapan kecil yang tidak disengajakan, ada pihak yang mengambil kesempatan ini untuk mengeruhkan hubungan yang baik antara kaum di negara bertuah ini. Jika ini berterusan jangan mimpi untuk rakyat bersatu dibawah 1 Malaysia boleh tercapai.
Sahingga silap sedikit pun di kaitkan dengan 1 Malaysia, sedang didalam 1 Malaysia tidak pula disebut warna sedih atau warna duka, jika benar ingin bersatu dan mengunakan sepenuhnya maksud 1 Malaysia kena buang adat adat karut didalam kepercayaan didalam beragama.
Tidak pernah aku lihat hari hari kaum Cina guna baju merah, tapi yang jelas warna puith dan hitam adalah warna seharian selain warna warni berbatik lambang warga negara Malaysia.
Kepada yang mencari jalan peluang untuk membuat ‘comeback’..cari lah jalan lain.
Orait aku stop disini.., insyaAllah kita bertemu lagi dilain masa.
Pengirim: Zanuddin @ Obey_one
No comments:
Post a Comment