Oleh Zanuddin Salleh
“Sejak KEBACULAN Perkasa menghadapi Bersih 2.0 Julai tahun lalu aku dah malu nak mengaku sebagai ahli Perkasa.Pada aku Perkasa dah banyak tersasar arah tujunya sejak ditubuhkan dalam situasi banyak ahli ahli Umno kecewa dengan kepimpinan Pak Lah.Sebagai wadah untuk menghalang penghijrahan ahli Umno yang kecewa kesebelah sana Tok Him gagal memainkan peranan yang sepatutnya”.
“Tindakan Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hasan Syed Ali mendedahkan satu majlis kecil kelolaan BN yang juga memberikan angpow bersampul putih boleh menjadi signifikan kepada tahap mentaliti kepimpinan NGO tersebut yang cuba mengalih kesalahan sendiri kepada pihak lain”
Salam sahabat pembaca sekelain, semoga kita tarus didalam perlindungan Allah semata tanpa ada dua diataranya, InsyaAllah.
Berdesing juga telinga bila membaca tulisan ‘Blogger’ ini, tapi kita ini diberi kebebasan bersuara jadi itu adalah hak dia untuk menulis, sebagai Ahli Dewan Tertinggi sedikit sebanyak aku terasa juga walaupun aku tak terlibat dengan isu yang mereka mainkan, tetapi aku tetap Ahli dan “kepimpinan NGO ” yang di perkatakan itu, adakah Tun Mahathir juga Bacul dan Bodoh?.
Sehari dua ini aku dihujani dengan soalan yang berkait rapat dalam isu “Angpow warna Putih” yang kebetulan berlaku pada majlis meraikan kaum Tiong Hwa oleh Perkasa, kebetulan juga ini lah pertama kalinya Perkasa menganjur majlis seumpama ini. ( aku tiada didalam majlis ini kerana berada diluar kawasan ketika itu).
Oleh kerana aku juga adalah ahli Perkasa maka perlulah juga aku menganalisa turutan (kronologi) yang berlaku, mengkaji dan melihat dari pelbagai sudut, bak kata aku tak mahu menulis apa lagi membela perkara yang aku sendiri tak jelas.
Baik sahabat, Isunya adalah Pemberian Angpow dalam sampul putih didalam satu majlis keraian Perkasa untuk warga tiong hwa baru baru ini yang turut dihadiri oleh Dr Collin Tiew, Pengerusi MCA Cawangan Sri Desa, Kemudiannya isu ini di bangkitkan oleh Mah Siew Keong Naib Presiden Gerakan yang menyelar tindakan PERKASA menggunakan ‘angpow’ sampul merah, yang dianggap menghina masyarakat Cina dalam sambutan tahun baru kaum itu.
Baik bila kenyataan saperti itu yang datang dari pemimpin kaum Cina tanpa melihat perkara sebenar, telah menjadikan Perkasa bertindak balas mempertahankan apa yang sebenar berlaku. Sahingglah ada media internet cuba mendapatkan maklum balas dari Perdana Menteri, yang su dah pasti tidak akan memihak pada mana mana kumpulan kerana Perdana Menteri adalah Ketua Negara, sudah pasti keharmonian bermaysrakat di utamakan oleh beliau.
Kemudiannya, dari satu petikan akhbar tempatan tersiar berita “penduduk DUN Seri Setia menerima angpow dari Penyelaras BN Seri Setia” yang juga berwarna putih sama ada kebetulan atau nak mulanya satu cerita.
Dari sini, satu kenyataan dikeluarkan oleh Setiausaha Agung dan Ketua Wira Perkasa yang membela tindakan Presiden mereka tidak lah menjadi kesalahan besar saperti mana yang di gambarkan oleh media internet ini.
Soalan dari Ketua Wira Perkasa berbunyi “apa bezanya enverlope warna Putih Perkasa dengan Enverlope warna Putih BN”
Maka bermulalah serang balas diantara Perkasa dan badan badan Politik didalam BN yang di ketuai oleh Gerakan dan mendapat sokongan MCA ( DAP tiada bunyi kerana mereka sedang bersuka ria dengan kejadian ini). … Selanjutnya baca disini
Ps/– Tulisan asal untuk ob21.net oleh Obey-One
Daftar keahlian Perkasa di sini : http://www.pribumiperkasa.com/keahlian/index.php
No comments:
Post a Comment