Tuesday, January 24, 2012

MB Selangor Takut Perkasa?


Disiar pada: Tue, Jan 24th, 2012


24 Januari 2012: MB Selangor takut Perkasa ? “Kenyataan yang dibuat oleh Fekah Husin memang bersifat kebudak budakan dan pengecut dan hanya melihat Perkasa dari sudut negatif sahaja”. itu lah reasi Ketua Wirawati Perkasa ketika dihubungi berhubung isu “penghalangan Presiden Perkasa dari memasuki Negeri Selangor”.
Menurut kenyataan pesanan ringkas dari Ketua Wirawati Perkasa Cik Zairah Jaafar sebentar kepada media.
Zaira juga berkata ” Mengambilalihan Khalid Ibrahim portfolio Hal Ehwal agama Islam dilihat tidak bersesuaian langsung, bagaikan langit dan bumi perbezaan Hasan Ali dan MB Selangor ini”
Beliau turut mengulas kenyataan Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin yang berkata,” Ibrahim Ali seharusnya dihalang dari menjejakkan kakinya di Selangor”.
Selain merujuk pentadbiran Selangor didalam menangani isu isu melibatkan kepentingan agama Islam sebelum inisaperti isu Murtad, isu kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) semasa Majlis Makan Malam Muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama, yang dilihat tidak diselesaikan dengan cara yang baik
“Kila boleh lihat bagaimana beliau menangani isu berbangkit sebelum ini, langsung tiada ciri ciri ‘keislaman’ yang boleh dibanggakan”. Kata Zaira Jaafar yang telah menerajui sayap Perkasa ini sejak seawal penubuhannya.
Sebagai MB (Menteri Besar) beliau sepatutnya mengajar SUP nya bagaimana untuk menghormati sesama Islam dan bagaimana mengunakan bahasa yang baik, bukannya bercakap saperti orang yang angkuh dan bernada riak seolah olah Selangor ini ‘mereka yg punya’.

No comments:

Post a Comment