Wednesday, February 29, 2012

Batal Konsert - Wirawati Setuju, Pribumi Perkasa Malaysia


Disiar pada : Wed, Feb 29th, 2012                                             Oleh Zanuddin Salleh
www.pribumiperkasa.com


29 Feb.2012: Kontroversi Erykah Badu guna Tattoo Allah pada dadanya menyebabkan konsertnya pada
29 Februari 2012 dibatalkan. Kerajaan Malaysia telah mengarahkan konsert penyanyi Amerika Syarikat, Erykah Badu yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dibatalkan serta-merta.

Wirawati Perkasa memberi sokongan kenyataan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengenai pembatalan konsert Eryka Badu kerana telah melanggar garis panduan PUSPAL dengan meletakkan kalimah Allah dibadan tanpa baju adalah satu penghinaan kepada agama Islam.



Ketuanya Cik Zaira Jaffar mengatakan “Di khuatiri generasi muda yang kurang matang silap mentafsir tentang tatoo dan tidak menghormati kalimah Allah dengan melihat perbuatan tersebut sebagai dibenarkan dan biasa sahaja tanpa ada nilai nilai suci keagamaan”.

Beliau juga meminta umat Islam yang berhajat untuk menyaksikan konsert penyanyi berusia 40 tahun itu esok agar membatalkan niat mereka jika sayangkan kesucian Islam.

Pembatalan tersebut telah dijelaskan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim menerusi Twitter miliknya.

Beliau berkata “Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar Garis Panduan Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia”.

Bagaimanapun, Datuk Seri Rais tidak menyatakan dengan lebih lanjut sama ada pembatalan itu disebabkan penyiaran gambar kontroversi penyanyi tersebut dengan tatu kalimah Allah pada dadanya.

Sementara itu Setiausaha Agung Perkasa pula menyatakan “Kita perlu batalkannya kerana penyanyi itu menghina Islam. Di dalam bulan Maulidul Rasul’.

“Kita tidak boleh biarkan konsert itu diteruskan. Rakyat asing yang menghina Islam untuk apa kita benarkan dia masuk. Kalau penyanyi itu sudah ada dalam negara ini, perlu dihalau keluar segara,” kata Syed Hassan Syed Ali dalam satu SMS hari ini.

“PERKASA sedang rancangkan sesuatu. Tunggu dan lihat esok apa yang akan PERKASA lakukan jika konsert penyanyi itu diteruskan,” katanya.


PERKASA
Zanuddin Salleh -

No comments:

Post a Comment