Tuesday, February 28, 2012

USTAZ BOLEH CAKAP BOHONG ?

Sebagai seorang manusia biasa yang serba kekurangan, aku menyedari kelemahan diri, namun itu bukan alasan untuk terus menerus melakukan kesalahan dengan hanya memberi alasan 'kita manusia tidak lari daripada kesalahan'.. Sebagai seorang dewasa yang boleh berfikir dengan menggunakan akal serta waras wajarlah mengetahui apakah yang benar dan apakah yang salah..namun salah atau benar sesuatu perkara tersebut tertakluk kepada persepsi serta penilaian kendiri.

Apa yang mendatangkan kemusykilan bagaimana seorang yang bergelar ustaz bercakap bohong dan berkelakuan sumbang ? Bagaimana seseorang yang sebegitu jijik mahu dijadikan sebagai tempat rujukan ?? Apakah gelaran ustaz itu bermaksud mereka hanya pandai memberi nasihat pada orang lain sahaja ? Bagaimana dengan diri mereka sendiri ? Apakah bila seorang ustaz cakap bohong mereka tidak berdosa ? Apakah itu 'bohong sunat' yang selalu digunakan sebagai satu alasan untuk berbohong..

Best rasanya kalau jadi ustaz dan boleh berbohong hari-hari dan berdosa ! Mana punya ajaran tu huh ? Nampak gaya si ustaz yang terkeluar daripada akidah serta fahaman 'syok sendiri' harus di sekolah kan kembali agar masyarakat tidak memberi persepsi negatif terhadap seorang manusia yang di gelarkan Ustaz...


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment