Wira Perkasa Malaysia mengulangi pendirian berterusan dan tetap dengan tujuan dan matlamat penubuhan PERKASA dalam Perlembagaan Perkasa Fasal 4 (1) untuk Memperkasakan Islam Sebagai Agama Persekutuan.
Wira Perkasa Malaysia menucapkan setinggi-tinggi tahniah, Wira Perkasa menyambut baik dan menghargai tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi penyiaran maklum balas kementerian tersebut melalui Ketua Setiausaha, Tan Sri Mahmood Adam bahawa KDN memanggil Pengarang Urusan, Ketua Pengarang Berita dan Pengarang Kanan The Star untuk tampil memberikan penjelasan.
Ekoran itu, KDN menegaskan supaya media di Malaysia mengambil tindakan pencegahan, pembetulan dan berinformasi bagi mengelakkan sebarang paparan kandungan yang boleh menyentuh sensitivity masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.
Wajib ke atas umat Islam di negara ini untuk mengutuk tindakan akhbar The Star yang menyiarkan gambar penyanyi terbabit dengan tatu Kalimah Allah di kiri dan kanan bahunya sekaligus menghina agama Islam dan umatnya yang ditentang keras oleh PERKASA.
Saya, selaku Ketua Wira Perkasa Malaysia mewakili seluruh ahli Perkasa dan umat Islam amnya menyambut baik dan menghargai keputusan dan berharap agar KDN dapat melaksanakan satu tindakan yang tegas kepada akhbar tersebut agar perkara ini tidak lagi berulang.
Irwan Fahmi Bin Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia
8 Mac 2012
No comments:
Post a Comment