Sunday, March 9, 2014
Saturday, March 8, 2014
Tabik Spring Kat PERKASA
Kalau nak tahu di kalangan komuniti Melayu sendiri Pribumi PERKASA ni bukan semua boleh terima. Ada beberapa faktor yang biasa kami dengar. Ada yang kata PERKASA ni rasis bila buat satus-satu kenyataan. Bukan tu saja, ada jugak yang tak nak join dengan alasan tak suka Presiden Perkasa kerana sangat lantang bersuara.
Sunday, February 23, 2014
Jom Tengok Geng Wirawati Buat Apa Kat Seremban......
Friday, October 4, 2013
Mereka Mewakili PERKASA, Ayuh Kita Sokong
Monday, September 2, 2013
Wirawati : @MariniNasution sambung perjuangan @zaiera_jaafar
Pertama kali jumpa dengan beliau tak dapat dinafikan perlawaan untuk bersama dalam PERKASA, adalah demi sebuah perjuangan yang tak pernah mimpi sebelum ini. Tak pernah disuntik dengan aura dan semangat nak berjuang, memang rasa sangat teruja. Beberapa tahun bersama Wirawati Perkasa, mengharungi suka duka dalam perjuangan sangat bermakna.
Saturday, June 22, 2013
Black 505: Cinabeng Lari Sebelum Berjuang
dan hanya segelintir Melayu PKR, manakala Melayu PAS hampir tidak kelihatan
langsung.
Tetapi, pada kemuncak himpunan ini yang ditukar nama kepada Black505,
setakat jam 12.30 tengahari, pecahan kaum peserta yang sedang bersedia
untuk merusuh, kembali 'normal' iaitu 90% Melayu dengan hampir tiada
langsung Cina.
Dari 7 tempat berkumpul yang disenaraikan, hanya 1 sahaja yang menyaksikan
peserta yang agak ramai iaitu sekitar 200 – 300 orang. Manakala di markas
PAS Jalan Raja Laut yang turut disenarai sebagai tempat berkumpul masih
lagi hambar. Secara purata, Melayu yang hadir kebanyakannya dari PKR dan
penyokong PAS dari tahap yang paling benak.
Lebih kurang jam sebelum waktu puncak, keadaan di Chow Kit juga menyaksikan
aktiviti normal tanpa tanda-tanda akan berlakunya demonstrasi.
Apakah ini petanda hitam bagi Anwar Ibrahim, sesuai dengan tema 'black'nya?
Ketiadaan kaum Cina menyerlahkan lagi sifat sebenar kaum itu yang akan
memperguna dan memperkuda siapa saja untuk mencapai matlamat mereka. Mereka
hanya menjadi pencetus iaitu dengan menyebar kebencian dan hasutan,
kemudian menyemarakkannya melalui siri-siri himpunan aman tetapi akhirnya
menolak Melayu PAS dan PKR ke hadapan untuk berperang di barisan hadapan.
Kita tahu bahawa kaum Cina merasa 'gayat' dengan kemungkinan campurtangan tentera dalam rusuhan yang dirancangkan.Mereka juga 'gayat' dengan seruan jihad oleh Husam Musa.
Mereka sedar bahawa 'jihad' bermakna puak PAS sudah bersedia untuk bergadai
nyawa, sedangkan kaum Cina tentu saja tidak sanggup berbuat demikian. Ungkapan 'Cina takut mati' terbukti berasas.
Jika sehingga ke waktu kemuncak masih lagi tiada penyertaan yang signifikan
dari kaum Cina, maka Anwar Ibrahim wajar memikirkan semula kerjasama mereka
dengan DAP. Ingatlah bahawa MCA telah menikam BN, dan DAP yang telah
sedia menunggang PAS
Era BlackBerry®
Monday, June 3, 2013
Red Bean Army Bakal Diabaikan Oleh DAP
Apa yang pasti dalam sekumpulan manusia, tidak mungkin semua mempunyai sifat dan sikap yang sama. Biarpun pasukan Red Bean tersebut sebelum ini dilihat sebagai bergerak secara bersepadu, tetapi sikap sebenar seseorang manusia itu hanya akan terserlah apabila diancam. Ancaman pula bukan sahaja terhadap masa depan iaitu ditangkap dan dipenjarakan tetapi ancaman yang lebih besar ialah dari pihak DAP sendiri.
Tidak mustahil ugut-mengugut dan amaran demi amaran diberi agar jangan mendedahkan rakan sendiri. Tidak mustahil satu lagi kematian ala Teoh Beng Hock akan berlaku demi menyelamatkan DAP. Mungkin juga akan ada upacara bunuh diri beramai-ramai jika benar-benar terdesak.
Sebagaimana Red Bean Army bertindak mengugut ahli keluarga dan sahabat handai sasaran mereka, maka tidak mustahil taktik yang sama akan digunakan oleh kepimpinan DAP ke atas mereka untuk memastikan mereka menutup mulut. Malah, periuk nasi dan perniagaan sanak saudara mereka juga mungkin terjejas.
Segalanya mungkin bagi parti yang membawa pendekatan samseng dan terkenal dengan hati kering serta muka tebal sehingga sanggup menipu ahli sendiri dalam memilih ahli jawatankuasa parti.
Mungkin benar ada ahli Red Bean Army yang bersedia menerima segala kemungkinan atas dasar 'pengorbanan'. Jika ada, sahlah bahawa ahli-ahli Red Bean Army produk SJKC ini benar-benar tidak cerdik orangnya. Pengorbanan 'apa ke-jadahnya' jika sengaja mengambil risiko memperjudikan hidup yang selesa dan bebas hanya kerana ingin sangat melihat kaum Cina berkuasa di Malaysia? Kenapa perlu begitu rasis sedangkan merekalah yang kononnya menentang rasisme?
Apakah Red Bean Army benar-benar percaya yang DAP akan mampu menyediakan kehidupan yang lebih baik kepada mereka berbanding Barisan Nasional? Bukankah kemewahan dan kebebasan sudah pun mereka miliki di bawah BN?
Jika pengorbanan ini sekadar untuk kedaulatan Bahasa Mandarin atau mewujudkan lebih banyak tokong Cina dan pusat hiburan, apakah ia berbaloi untuk memusnahkan masa depan sendiri? Lagipun, DAP bukannya memperjuangkan agama Buddha, mereka hanya memperjuangkan agama Kristian.
Sedarkah bahawa pemerintahan DAP hanya akan membawa Malaysia kembali ke zaman kegelapan. DAP terkenal dengan sikap tertutup – menghalang kebebasan media, diktator, kronisme, korup dan samseng. Ugutan, ancaman, kilas tangan, tutup mulut adalah pendekatan semulajadi DAP. Berat sebelah, tidak boleh ditegur, tidak mendengar teguran malah mengancam orang yang menegur merupakan perkara biasa di dalam DAP. Siapa yang mengkritik pula akan disaman, dan langsung tidak diberi peluang.
Red Bean Army pula dilatih untuk menyebar kebencian dengan menghapuskan terus nilai-nilai murni dalam masyarakat. Maki hamun, memfitnah, memalukan dan menghina sasaran mereka semahu-mahunya adalah modus operandi utama mereka. Pendek kata, nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan telah dipersetankan terus.
Jadi, bayangkan saja, apakah jenis negara yang akan dibentuk di bawah pemerintahan DAP?
Pemimpin DAP tidak merasa bersalah atau malu menipu ahli-ahli sendiri apatah lagi rakyat jelata. Ini disuarakan sendiri oleh orang-orang di dalam DAP dan bekas-bekas ahli dan pemimpin DAP. Malangnya, walaupun menyedari hakikat sikap DAP yang begitu, kaum Cina tetap memilih DAP. Jelas sekali yang mereka lebih rela diperintah oleh diktator yang kejam daripada pemimpin yang adil semata-mata kerana diktator itu adalah dari kaum mereka.
Hanya pemimpin yang kejam yang sanggup menafikan penglibatannya dan membiarkan orang-orangnya menanggung padah sendiri. Dan itulah yang DAP sedang lakukan terhadap Red Bean Army.
Lim Kit Siang telah menafikan mentah-mentah akan kewujudan Red Bean Army dan kononnya beliau tidak tahu menahu mengenainya. Red Bean Army kini dibiarkan membela diri sendiri, kecuali, mungkin segelintir yang 'dekat' dengan pemimpin DAP yang akan dihulurkan sedikit bantuan untuk lari.
Justeru, jika Red Bean Army mempunyai sedikit 'kecerdikan' mereka akan menyedari bahawa mereka kini benar-benar terperangkap. Bekerjasama dengan pihak berkuasa pun salah, tidak bekerjasama pun salah. Ditelan mati diri, diluah pun mati juga.
Pesan kita kepada produk SJKC ini, jika ingin berkorban, biarlah untuk tujuan yang murni, seperti menyatupadukan masyarakat dan keamanan negara bukannya untuk memecabelah dan meruntuhkan negara atas nama rasisme.
Era BlackBerry®
Monday, May 20, 2013
MANSUH DEWAN NEGARA AGENDA DAP HAPUS KUASA MELAYU
Alasan yang diberikan iaitu Dewan Negara tidak diperlukan dan hanya membazir wang rakyat adalah dangkal, tidak masuk akal dan tidak bertapak kepada asas-asas ilmu perlembagaan.
Alasan yang kedua yang diberi ialah dakwaan Dewan Negara disalahgunakan oleh Barisan Nasional untuk melantik calon-calon yang kalah di dalam pilihan raya umum sebagai Senator sebagai landasan untuk dilantik ke dalam Kabinet.
Tindakan tersebut katanya dianggap sebagai pintu belakang untuk melantik calon-calon tertentu sebagai menteri.
Apa yang tidak disebut Karpal ialah penjelasan kewujudan serta fungsi sebenar Dewan Negara sebagaimana yang kekal termaktub di dalam Perlembagaan Negara.
Inilah taktik pembangkang yang sentiasa mengungkit-ungkit isu-isu sensitif yang berhubung kait dengan Perlembagaan dengan menyembunyikan fakta dan menutup kebenaran.
Ini termasuk mempersoal serta memperlekehkan isu-isu seperti hak-hak istimewa orang Melayu, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, status Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia, serta institusi-institusi raja-raja Melayu.
Dengan menimbulkan dakwaan-dakwaan yang tidak berasas dan lebih berupa fitnah, pembangkang berharap rakyat yang kebanyakannya tidak memahami isu-isu yang berkaitan Perlembagaan akan turut termakan dengan fitnah yang bakal merosakkan masa depan dan kestabilan politik negara.
Dewan Negara atau juga dikenali sebagai senat adalah salah satu daripada Majlis Parlimen yang duduk di bawah kuasa perundangan Persekutuan Malaysia seperti mana di sebut dalam Perkara 44 Perlembagaan Malaysia.
Ia bertindak sebagai dewan perwakilan rakyat yang tertinggi di Malaysia bersama satu lagi dewan yang dipanggil sebagai Dewan Rakyat.
Dewan Negara mempunya keahlian seramai 70 orang yang digelar Ahli Dewan Negara atau Senator di mana 26 dipilih melalui pengundian oleh negeri dengan 2 Senator setiap negeri di Persekutuan and 44 lagi dilantik dan dipilih oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.
Tugas utama Dewan Negara ialah mengkaji semula dan meluluskan rang undang-undang yang dibawa naik oleh oleh Dewan Rakyat.
Rang undang-undang perlu diluluskan oleh kedua-dua dewan sebelum akhirnya dipersembahkan kepada Yang Di Pertuan Agong untuk perkenan Baginda.
Antara muslihat Karpal supaya Dewan Negara dimansuhkan ialah bidang kuasa dewan ini yang amat besar dalam soal mana-mana Rang Undang-undang
yang bertujuan membuat pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.
Ini kerana Dewan Negara mempunyai kuasa untuk menolak dan membatalkan sebarang Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan kelebihan majoriti 2/3 dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat pada bacaan kali kedua dan kali ketiga.
Ini bermakna mana-mana Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagan Persekutuan bukan sahaja mesti diluluskan oleh majoriti 2/3 di Dewan Rakyat Dewan Rakyat tetapi juga mesti diluluskan dengan majoriti 2/3 di Dewan Negara.
Muslihat Karpal mudah dibaca - dengan jumlah ahli parlimen pembangkang seramai 89 di dalam Dewan Rakyat pasca Pilihan Raya Umum ke-13, dan sekiranya Anwar Ibrahim berjaya membeli ahli-ahli parlimen daripada Barisan Nasional melalui tawaran imbuhan wang jutaan ringgit, pembangkang boleh menumbangkan kerajaan.
Anwar telah mencuba membeli 30 ahli parlimen BN pasca PRU 2008 dan tidak munasabah ia dilakukan semula berdasarkan senario tsunami politik Cina yang meletakkan Dap sebagai parti yang mempunyai jumlah kerusi terbanyak iaitu 38 berban berbanding PKR (30) dan Pas (21).
Dewan Negara mempunyai kuasa veto untuk menolak Rang undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan yang diperuntukkan di bawah - Artikel 68(5) Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Apabila Dewan Negara di mansuhkan maka kuasa veto yang dimilikinya untuk melindungi serta mempertahankan Perlembaagaan Persekutuan turut juga terhapus.
Maka mudahlah pembangkang yang diketuai oleh Dasp untuk menghapuskan satu persatu insttitusi yang berkaitan kepentingan dan kedaulatan bangsa Melayu.
Inilah sebenarnya agenda licik Karpal yang sejajar dengan agenda parti Pap Singapura yang sudah berjaya meminggirkan bangsa Melayu si pulau itu.
Era BlackBerry®
Friday, May 17, 2013
Cina Perlu Pilih Antara ‘Malaysia 1st’ atau ‘Chinese 1st’
Namun, bila pihak mereka menghina negara ini, orang Melayu, agama Islam dan kerajaan serta pihak berkuasa sehingga ke tahap memuatnaik penghinaan tersebut ke internet, ia tetap wajib dimaafkan. Jika tidak mereka akan menyalak juga bahawa kerajaan kejam.
Untuk menutup sikap berat sebelah serta pengkhianatan dan kebiadapan mereka, mereka tidak henti-henti memomokkan bahawa UMNO itu rasis atau Perkasa itu pelampau Melayu. Tuduhan ini dimainkan tanpa henti sehingga ia melekat kuat di hati dan pemikiran kaum itu.
Kononnya, mereka adalah kaum yang ditindas oleh UMNO dan Perkasa pula ingin meningkatkan penindasan tersebut. Kononnya kesemua kaum di Malaysia sukar untuk bersatu selagi kedua-dua organisasi ini yang menghalangnya. Malah mereka sering menyeru untuk kedua-dua organisasi ini mendahulukan 'Malaysia' sebelum 'bangsa' (Malaysia 1st, Malay 2nd).
Hakikatnya, itulah yang UMNO dan Perkasa mahukan iaitu agar semua kaum mendahulukan Malaysia sebelum bangsa. Kerana itu juga kita mendesak kepada sistem satu sekolah untuk semua. Kerana itu juga kita inginkan semua kaum memperkasakan Bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan bukan sahaja untuk memudahkan pergaulan tetapi juga untuk menjulang erti 'Malaysia 1st' seperti yang dilaungkan kaum Cina.
Tetapi, yang menolak segala usaha ke arah 'Malaysia 1st' ini sebenarnya adalah kaum Cina sendiri.
Sudah terlalu banyak kali kita menyaksikan bagaimana kesetiaan mereka terhadap negara ini tidak asli. Lihat sahaja bagaimana Namewee menghina negara ini dan tiada seorang pun dari kaum Cina yang mengecam perbuatannya. Lihat sahaja siapa yang menterbalikkan bendera Malaysia dengan BANGGA!? Malah, akbhar Utusan Malaysia hari ini juga telah mengulas tentang bagaimana kaum Cina yang sering memalukan Malaysia di luar negara.
Bukan kita tidak tahu begitu ramai kaum Cina yang keluar negara untuk belajar atau berhijrah gemar sekali memburuk-burukkan Malaysia tanpa sedikit pun rasa bersalah. Tiada sedikit pun rasa sayangnya kepada negara ini seolah-olah hidup mereka di sini tersangat susah, seolah-olah Malaysia begitu buruk, hodoh lagi busuk.
Sedangkan hakikatnya, di negara inilah mereka menikmati kemewahan malah diberi tempat di dalam kerajaan yang mana hampir mustahil bagi minoriti di negara lain. Malah, hanya di negara ini mereka dapat menubuhkan sekolah berasingan untuk bangsa mereka dengan diiktiraf dan dibantu kerajaan. Hanya di negara ini mereka dibenarkan mencetak akhbar dalam bahasa ibunda yang giat menghasut dan memburukkan kerajaan. Hanya di negara ini, hari perayaan agama dan adat mereka diiktiraf sebagai cuti umum.
Namun, semua ini langsung tidak dihargai oleh mereka. Apabila BERSIH berdemonstrasi di sini, mereka yang berada di luar negara turut sama memakai baju kuning mengangkat sepanduk, bangga memfitnah negara sendiri.
Lihat saja apa yang terjadi kepada kaum Cina Malaysia yang bekerja di Singapura apabila terlalu ghairah membenci negara sendiri konon kejam dan terkongkong, mereka lupa bahawa negara yang mereka puja-puja sebagai sempurna itu adalah jauh lebih mengongkong lagi. Akibatnya, mereka ditahan dan diambil tindakan tanpa bercakap banyak oleh pihak berkuasa negara itu sedang rakan-rakan mereka di Malaysia masih terus bebas berhimpun mencabar kerajaan di sana sini.
Oleh itu, pesan kita kepada kaum Cina hanya satu iaitu jika ingin terus membuat kerosakan, sekurang-kurangnya janganlah hipokrit. Usahlah berpura-pura setia kepada negara kerana semua orang tahu bahawa anda membenci negara ini.
Usah berpura-pura melaungkan ketelusan kerana parti DAP sendiri adalah bapa kepada segala ketidaktelusan sehinggakan ahli sendiri pun ditipunya secara terbuka dengan memanipulasi pemilihan CEC.
Usah berpura-pura kononnya ditindas kerana satu dunia tahu bahawa ekonomi negara ini dikuasai Cina.
Usah berpura-pura dengan melaung dan berhimpun konon tiada kebebasan bersuara sedangkan laungan dan himpunan itu sendiri telah menyatakan sebaliknya.
Usah berpura-pura inginkan perpaduan kerana perjuangan mempertahankan Sekolah Vernakular dengan sendirinya membuktikan bahawa kaum Cina tidak inginkan perpaduan.
Usah berpura-pura inginkan keadilan kerana perjuangan ke arah kesamarataan itu sebenarnya adalah helah untuk menelan kaum lain. Jika benar inginkan kesamarataan, maka kaum Cina perlu terlebih dahulu membahagi-bahagikan 80% bahagian mereka dalam kek ekonomi negara kepada kaum-kaum lain.
Justeru, pendek kata, usah berpura-pura lagi dan berdirilah atas perjuangan yang sebenar iaitu kaum Cina hanya pentingkan diri. Berkata benarlah bahawa apa yang kaum Cina perjuangkan hari ini hanyalah satu iaitu; untuk meletakkan kaum mereka di tempat paling utama atau 'Chinese 1st, Malaysia last'.
Hakikat ini sudah jelas dan penulis pasti kaum Cina sendiri sudah tidak dapat menafikannya. Justeru, kerajaan dan semua rakyat Malaysia wajar menerima hakikat ini dan menanganinya sebaik mungkin agar negara tidak hancur gara-gara ketamakan kaum Cina.
Era BlackBerry®
Thursday, May 9, 2013
Anwar Hilang Sokongan Melayu
Yang hadir di perhimpunan anjuran PR kali ini adalah terdiri dari 80% kaum Cina. Hanya 10% sahaja Melayu manakala selebihnya adalah lain-lain bangsa.
Dalam perhimpunan itu Anwar bercakap mengenai 'penipuan dalam PRU-13' dan undi popular yang kononnya memihak kepada PR. Sedangkan PRU di Malaysia adalah berdasarkan jumlah kerusi. Tetapi jika populariti yang diambil-kira pun, Anwar harus sedar bahawa beliau sudah tidak lagi popular walaupun di kawasan sendiri. Majoriti Anwar merosot hampir 4,000 undi walaupun bertanding dengan orang baru.
Hakikatnya, orang Melayu sudah menolak Anwar. Buktinya, PAS juga tidak lagi mengerahkan balacinya untuk memeriahkan himpunan yang ditaja Anwar. Kali ini yang menyokong Anwar adalah minoriti kaum Cina. Dan perkataan 'minoriti' itu sendiri sudah seharusnya memberi makna yang jelas dalam konteks demokrasi yang dilaungkan oleh Anwar sendiri.
Orang Melayu rata-ratanya sudah letih dengan Anwar. Biarpun masih ada yang enggan mempercayai segala skandal seksnya namun tiada siapa boleh menafi kekayaannya yang luar biasa. Biarpun masih ada Melayu yang membenci UMNO tetapi mereka juga sudah muak dengan politiking yang keterlaluan.
Jika dahulu mereka menuduh UMNO sebagai kebelakang, ketinggalan dan kolot dan kononnya Anwar adalah pembawa pembaharuan dan perubahan. Namun, politik yang melampau yang diamalkan oleh Anwar menunjukkan yang beliau sendiri tidak matang dan tidak professional.
Orang Melayu sudah jauh ke hadapan meninggalkan Anwar, cuma segelintir sahaja yang boleh diperdaya dengan gambar kotak yang tersusun elok dikatakan sebagai jatuh dari helikopter. Dan Cuma segelintir sahaja yang menyahut seruan Red Bean Army DAP yang kurang cerdik membuat cerita gangguan elektrik di pusat pengundian dan memuatnaik beritanya terlalu awal. Dan segelintir sahaja yang boleh percaya bahawa stadium berkapasiti 25,000 boleh memuatkan sehingga 100,000 lebih manusia.
Hakikatnya, orang Melayu adalah jauh lebih cerdik dari Anwar mahupun DAP. Menyedari hakikat inilah maka DAP ingin menyekat kemaraan kaum Melayu dengan memberi tekanan kepada kerajaan melalui undi. Tetapi, apalah yang diharapkan dari strategi DAP yang mengira pun tidak tahu dan menggunakan komputer pun terkial-kial sehingga memaksa parti itu berhadapan risiko dibatalkan pendaftaran. Tidak cukup dengan itu, menaip pun tersalah sehinggakan harga kontrak bertambah lebih RM2 juta.
Justeru, Anwar kini hanya mendapat sokongan kaum Cina DAP. Tetapi, kita percaya Anwar, walaupun lembab, beliau cukup maklum bahawa sokongan DAP kepadanya bukanlah ikhlas. Malah, di dalam perhimpunan semalam juga, kedengaran beberapa kumpulan Cina yang agak berumur dan matang memaki hamun Anwar kerana gagal membawa DAP ke Putrajaya.
Jika kita perhatikan, di akhir-akhir tempoh berkempen, Anwar sebenarnya semakin lantang mengambil hati kaum Cina dengan menjanjikan penghapusan hak-hak Melayu. Atas janji itu, kaum Cina berpaling dari 'Ah Jib Gor' dan memberi 97% undi kepada DAP/PR. Mereka tidak sedar bahawa Anwar juga sama seperti mereka iaitu tidak secerdik mana.
Oleh itu, himpunan semalam menyaksikan Anwar walaupun dikelilingi 40,000 orang, tetapi beliau sebenarnya keseorangan bersama isteri dan balaci tersohor DAP iaitu Mat Sabu. Tiada Hadi Awang, tiada Azmin Ali, tiada Mahfudz Omar, tiada Salahuddin Ayob malah tiada Karpal Singh bersamanya.
Yang ada hanyalah 80% Cina yang menunggu penjelasan Anwar kenapa beliau tidak mampu menarik undi Melayu kepada PKR.
Era BlackBerry®
Sunday, May 5, 2013
Himpunan 505 a.k.a BERSIH 4.0 Sudah Bermula
Media asing juga turut memain peranan memetik semua provokasi yang ditimbulkan dan memperbesarkannya di peringkat antarabangsa.
Nampaknya, penyokong-penyokong PR benar-benar tekad ingin menghancurkan negara ini dan menggadaikan segala nikmat keselesaan yang kita kecapi demi atas nama 'perubahan'.
Mereka benar-benar percaya bahawa SPR tidak telus, dan benar-benar percaya bahawa kerajaan begitu kejam dan tidak adil walaupun hakikatnya mereka telah diberi berbagai peluang untuk menyuarakan bantahan secara aman.
Segala usaha ke arah huru-hara ini tidak akan berjaya jika penyokong-penyokong mereka tidak begitu mudah diperdaya dan berfikir sejenak tentang nasib dan masa depan anak-anak mereka. Namun, nampaknya manusia yang telah dicuci otaknya memang sukar untuk melihat kebenaran di depan mata jauh sekali memikirkan akibatnya.
Kini, apa yang dapat kita lakukan adalah bersedia dan berdoa. Kita menaruh sepenuh harapan kepada kepimpinan dan pasukan keselamatan negara untuk mengekang gerakan anarki pembangkang.
Setakat ini, sumber memberitahu bahawa kekecohan di pusat pengundian yang dirakam dan dimuat naik ke internet akan berterusan dan berganda walaupun tiada satu pun dari kes yang digembar-gemburkan itu dibawa kepada wakil parti di pusat pengundian untuk membuat bantahan.
Perancangan seterusnya akan bermula sebaik tamat pembuangan undi apabila mereka merasakan kemarahan rakyat sudah sampai di kemuncaknya. SMS dan risalah akan menyusul bagi mengapi-apikan lagi keadaan. Mereka kan bergerak bermula malam ini ke lokasi yang telah ditetapkan lalu dipecah-pecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil.
Satu kumpulan akan menghalang laluan ke Putrajaya bagi memberi gambaran kononnya pihak kerajaan berusaha melarikan dokumen penting kerana takut mereka menjumpainya. Tempat berkumpul dikenalpasti sebagai Masjid Putra.
Sasaran utama ialah Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Sekiranya mereka tidak mendapat jumlah yang disasarkan maka perhimpunan mereka ini akan dengan sendirinya gagal.
Justeru, sudah menjadi tugas setiap dari kita untuk membantu membuka mata rakan-rakan dan saudara-mara agar jangan mudah terpengaruh untuk turun berdemonstrasi memusnahkan negara ini.
Semoga usaha terakhir kita untuk menyedarkan mereka mampu menyelamatkan kita semua dan negara ini dari musnah sama sekali.
Era BlackBerry®
Wednesday, April 24, 2013
Tidak Pernah Turun Padang Ngeh Ditengking Nelayan
Masa sebelum jadi wakil rakyat, rajin nampak batang hidung, bukan apa.. Nak meraih undi. Tetapi, habis je pilihan raya, dah dapat apa yang di perlukan dan dapat habuan yang dijanjikan, senyap menyepi macam tak pernah kenal.
Buktinya, calon DAP Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham ditengking oleh seorang warga emas penduduk Pantai Remis. Beliau ditengking sebaik beliau datang untuk berkempen di sebuah kedai kopi di sana.
Warga emas tersebut juga enggan bersalaman dengan Datuk Ngeh kerana beliautidak berpuas hati sepanjang 5 tahun Datuk Ngeh menjadi ahli parlimen Beruas. Menurut warga emas itu, Ngeh tidak pernah sekali pun turun padang untuk menyelesaikan masalah penduduk-penduduk.
Warga emas tersebut juga kecewa kerana DAP gagal menyelesaikan masalahbeliau sebaliknya bertindak "lepas tangan". Dia juga meminta dan menyeru pengundi agar menolak pemimpin sebegini kerana tidak komited sebagai ahli parlimen. Inilah padahnya kalau bagi peluang pada pembangkang. Mereka ini baru nak memerintah tetapi belagaknya macam dah tadbir satu dunia.
Sama lah juga dengan apa yang terjadi di negeri-negeri lain di bawah pentadbiran pembangkang. Seksa rakyat dibuatnya. Mereka ini memang pandai menjual kata, ibarat menanam tebu di pinggir bibir. Tapi yang jadi mangsa, rakyat. Samalah dengan Tan Sri Khalid, berani pula dia cakap Klang seharusnya lebih maju jika diurus selia dengan lebih baik.
Nampaknya, masing-masing dah nyanyuk. Kan Klang di bawah pemerintahan Selangor, sudah tentulah bawah kuasa Khalid Ibrahim sendiri. Meludah ke langit, jatuh di muka sendiri. Taksub sangat dengan kuasa sampai lupa dekat mana letak duduk diri sendiri. Janganlah tertipu dengan slogan pakatan pembangkang itu, bukan IniKalilah, tetapi percayalah, LainKalilah lebih berkesan.
EraBlackBerry®
Thursday, April 18, 2013
Sikap Berdiam Diri Mustafa Ali Menguntungkan BN
Sebaliknya mengikut kenyataan pihak polis, hanya beberapa laporan mengenai pengedaran cakera padat video itu sahaja yang dilaporkan.
Sepatutnya, Mustafa perlu membuat satu laporan polis supaya satu siasatan menyeluruh dapat dilaksanakan dan tindakan perundangan dapat diambil terhadap individu yang melakukan aksi lucah itu.
Itu sahaja langkah terbaik sesuai dengan saranan Pengerusi Lajnah Tatatertib PAS, Wan Mutalib Wan Embong yang mahukan melaporkan perkara itu kepada pihak polis untuk mencari kebenaran demi membersihkan semula namanya.
Gayanya seperti pemimpin veteran yang merupakan orang kanan kepada Presiden PAS itu lebih selesa mengambil sikap berdiam diri dan hanya bergantung harap pada penafian sambil lewanya sahaja.
Ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ramai pemimpin dan penyokong PAS yang melihat langkah sedemikian buruk kesannya kepada imej PAS dan hanya menguntungkan BN.
Sekadar membuat penafian sambil lewa dengan menyalahkan UMNO, tidak pun terungkai kebenaran sementelah lagi umum tahu wanita yang terlibat dalam video seks itu sendiri adalah orang yang rapat hubungannya dengan Mustafa.
Malah alasan yang mengkambing hitamkan UMNO atas segala tingkah laku buruk pimpinan PAS, PKR atau pun DAP, sudah lali bagi penyokong PAS apatah lagi ia sudah tak diterima pakai oleh khalayak ramai.
Atau sebenarnya, Mustafa sengaja tidak membuat laporan polis kerana bimbang kebenaran terungkai mengenai kewujudan konspirasi menjatuhkannya yang direncanakan oleh musuhnya dalam PKR dan PAS?
Yang mana bila ia berlaku sebegitu, dikhuatiri akan memburukkan lagi hubungan kedua-dua parti sepakatan dalam PR itu sekaligus memberi keuntungan politik pula untuk BN.
Era BlackBerry®
Wednesday, April 17, 2013
Mampukah Mukhriz Menang di Kubu Kuat PAS?
Ini berlaku bukan sahaja dalam politik, tetapi dalam apa jua yang dilakukannya, seperti berniaga.
Tidak adil juga jika kita berkata bahawa nama bapanya tidak memainkan peranan langsung, tetapi itulah lumrah dunia di mana 'nama' memain peranan penting untuk menarik minat dan kepercayaan orang ramai, terutamanya dalam bidang perniagaan. Namun, itu tidak bermakna beliau menyalahgunakan pengaruh itu, kerana terbukti beliau seorang yang arif tentang selok-belok berniaga dan bukannya berjaya tanpa berusaha. Beliau juga pernah jatuh, bangun dan berhadapan dengan risiko, gagal serta bangun kembali.
Oleh kerana pengalaman yang luas dan 'berpeluang' menghadapi sendiri apa yang dikatakan persaingan di alam perniagaan sehingga dikategorikan sebagai antara tokoh yang paling berjaya, maka Dato' Mukhriz pastinya cukup memahami jerih perih rakyat biasa.
Benarlah kata orang bijaksana, iaitu "ahli politik yang paling berkesan ialah ahli politik yang telah pun berjaya dalam bidang lain".
Walaupun Dato' Mukhriz telah mengukir namanya sendiri dalam persada negara, namun beliau tidak pernah mengabaikan kawasannya. Bukan sekali dua beliau bermalam di kampung-kampung rumah pemimpin cawangan malah berkali-kali. Beliau juga tidak kekok turun ke hutan dan meranduk selut untuk menghayati kehidupan orang kampung sekali gus memahami masalah mereka dan menyelesaikannya. Ini melenyapkan terus tuduhan bahawa beliau membawa imej 'elit' dan tidak sesuai dengan 'keperibadian' negeri Kedah.
Apa yang menarik ialah, segala kerja kuatnya ini jarang sekali dilaporkan atau diketahui oleh sesiapa melainkan orang-orang kampung jua. Oleh yang demikian, walaupun terdapat cakap-cakap negatif mengenai beliau di peringkat kepimpinan bawahan di Kedah, rakyat Kedah sendiri secara amnya, menadah tangan bersyukur dengan pencalonan Dato' Mukhriz di DUN dan bukan Parlimen.
Era BlackBerry®












