Kalau nak tahu di kalangan komuniti Melayu sendiri Pribumi PERKASA ni bukan semua boleh terima. Ada beberapa faktor yang biasa kami dengar. Ada yang kata PERKASA ni rasis bila buat satus-satu kenyataan. Bukan tu saja, ada jugak yang tak nak join dengan alasan tak suka Presiden Perkasa kerana sangat lantang bersuara.
Apa pun orang kata, orang kritik macam-macam mengenai Perkasa, kami sikit pun tak kisah. Dari masa ke semasa kami di salurkan maklumat yang terkini mengenai acara mahupun program anjuran Perkasa. Nak tahu betul atau tak kenalah dengar sendiri. Pendekatan itulah yang kami ambil, bukannya dengar cakap cakap terus percaya dan buat penilaian.
Bila bercakap pasal rasis ni, yang terkini salah seorang ADT Perkasa telah dijemput sebagai tetamu kehormat sempena Majlis Makan Malam Persatuan Penganut Tian Sheng Gong Kapas, Selangor. Ini yang kami tabik kat ADT-ADT, Ajk mahupun ahli sayap Perkasa. Beberapa ADT bersama Dato Presiden telah berbesar hati hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.
Pada kami tak begitu penting untuk tahu kenapa Perkasa boleh berada dalam majlis komuniti Cina. Sebagai umat Islam tak salah rasanya mereka hadir bagi memenuhi undangan demi sebuah hubungan sesama insan. Apatah lagi sekiranya ia memberi kebaikan kepada mana-mana pihak lantas menolak persepsi mahupun tanggapan negatif masyarakat luar baik Cina ataupun Melayu terhadap NGO-NGO yang seperti Perkasa dan persatua-persatuan yang didominasi oleh bangsa Melayu ataupun Cina.
Sepanjang wirawati bersama sama Perkasa, tak pernah kami di ajak atau disarankan bertindak memerangi bangsa lain. Wirawati merupakan sayap Perkasa yang diwakili oleh wanita-wanita muda sekitar 20an ke 30an yang mana golongan ini sering menjadi sasaran isu-isu seperti akhlak dan tingkah laku. Kami dapat banyak manfaat dari program-program mahupun aktiviti-aktiviti anjuran Perkasa.
Dengan itu kepada anak muda kat luar sana yang suka buang masa yang boleh mengundang kepada keruntuhan akhlak, adalah sangat wajar untuk anda ubah aktiviti yang tak bermoral dengan menyertai program-program
No comments:
Post a Comment