Sunday, February 23, 2014

Jom Tengok Geng Wirawati Buat Apa Kat Seremban......

Mereka ini antara muda-mudi hari ini dilihat punya jiwa pejuang. Walaupun tak sama dengan pejuang-pejuang dulu, tetapi matlamat mereka sama untuk Agama dan Bangsa tercinta. Mereka sanggup tinggalkan rakan dan keluarga di hujung minggu demi memikul tanggungjawab masing-masing sebagai barisan pimpinan sayap bongsu dalam Perkasa. Adalah amat penting untuk mereka ini menunjukkan contoh dan tauladan yang baik, memandangkan umum sering menyifatkan golongan ini tak suka menyertai badan NGO seperti Pribumi Perkasa.

Sebagai badan NGO yang sangat dikenali, Pribumi Perkasa Malaysia yang terdiri dari tiga sayap iaitu Wira, Wiranita dan Wirawati. Hari ini (23, Feb 2014) Perkasa Negeri Sembilan telah mengadakan Majlis Pengistiharan bagi mengumumkan barisan kepimpinan yang baru. Majlis yang berlangsung di bilik Pameram MPS, Seremban telah bermula jam 3.30ptg dan berakhir jam 6ptg dengan jayanya.

Hadir sama Dato Presiden Perkasa, Datuk Paduka Ibrahim Ali dan beberapa pimpinan perkasa yang lain. YDP Negeri Sembilan iaitu Tuan Haji Roslan Kasim dan barisan kepimpinan beliau sangat mengalu-alukan kedatangan mereka ini sebagai tanda sokongan yang tak berbelah bagi.

Wirawati Perkasa yang diketuai oleh Pn.Marini Nasution tidak ketinggalan bersama beberapa barisan AJK beliau bagi mengeratkan lagi hubungan di samping dapat mengenali rakan-rakan wirawati di Negeri Sembilan. Antara yang turut sama ialah Naib Ketua Wirawati Pn. Hanisha, Setiausaha Cik Fauziah Mohd Amin dan beberapa AJK Wirawati, Pn.Rusiah, Pn.Nora. Kedatangan mereka telah disambut oleh Ketua Wirawati Negeri Sembilan, Cik Sofia dan rakan-rakan AJK yang lain.

Semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi di negeri-negeri lain selain dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli tak kira kat mana pun berada. Syabas Wirawati Perkasa Malaysia, semoga ianya dapat memberi pendedahan yang baik kepada golongan muda-mudi yang rata-ratanya masih ramai tak suka dengan aktiviti kemasyarakatan.






No comments:

Post a Comment