Thursday, March 7, 2013

Sejarah Pembunuhan Rakyat Sulu Menghantui Jamalul Kiram III

Jamalul Kiram III mungkin mengandaikan tindakannya mengarahkan pencerobohan ke atas Lahad Datu, Sabah oleh sekumpulan pengganas Sulu yang diketuai adiknya, Azzumudie Kiram akan meningkatkan peluangnya untuk diiktiraf sebagai Sultan Sulu yang sah.

Lebih-lebih lagi di saat perebutan tahtha Kesultanan Sulu yang semakin rumit apabila sehingga kini sekurang-kurangnya ada 9 orang individu berlainan tampil mendakwa adalah Sultan Sulu sebenar. Jamalul Kiram III dan adiknya Esmail Kiram II adalah antara individu yang dimaksudkan, kedua-duanya adalah warga Filipina.

Dengan sokongan dan dukungan anggota MNLF yang diketuai Nur Misuari yang mempunyai hubungan rapat dengannya, mungkin benar ia memberi kelebihan kepada Jamalul Kiram untuk mendabik dada sebagai Sultan Sulu yang sah sekaligus menidakkan cabaran 8 individu lain.

Andaian tersebut ternyata silap dan jauh tersasar dari jangkaan Jamalul Kiram dan pengikutnya, apabila tanpa mereka sedari tindakan pencerobohan itu sebenarnya hanya menambah kebencian orang Sabah dari keturunan Sulu kepada Jamalul Kiram dan keturunannya.

Majoriti orang Sulu di Sabah rata-ratanya enggan bersekongkol menjayakan cita-cita peribadi Jamalul Kiram yang kemaruk mahu diangkat sebagai Sultan Sulu, lebih-lebih lagi bila pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu menyebabkan sesetengah anggota masyarakat memandang serong pada orang Sulu di Sabah.

Kesetiaan orang Sulu yang lahir di Sabah dan merupakan warganegara Malaysia yang sah tetap kepada tanahair tercinta ini, dan ia terbukti benar apabila ramai pemuda Sulu turut membantu menangkap dan membelasah hingga mati seorang pengikut Jamalul Kiram yang bersenjatakan M16 pengikut di Sampoerna baru-baru ini.

Kebanyakan orang Sulu sama ada dari kalangan warganegara Malaysia mahupun di Filipina, mereka juga berkongsi satu pandangan yang sama yakni soal siapa yang layak mewarisi Kesultanan Sulu sebenarnya bukan lagi urusan Jamalul Kiram III dan keluarganya.

Era BlackBerry®

No comments:

Post a Comment