Saturday, March 9, 2013

ANWAR SAMAN MEDIA UNTUK TUTUP PERANAN SEBAGAI DALANG

Lantaran tembelang Ketua Umum PKR sebagai dalang sebenar insiden pencerobohan kumpulan bersenjata puak Sulu di Lahad Datu didedahkan oleh akhbar Utusan Malaysia dan stesen televisyen TV3, Anwar Ibrahim terus menyaman kedua-dua media tersebut tanpa berlengah dan bertangguh.

Sebabnya sudah nyata kerana Anwar kini dalam ketakutan apabila peranan beliau sebagai individu yang mengapi-apikan semangat kumpulan pengganas Sulu untuk menyerang Sabah telah diketahui umum.

Pembabitan Anwar dengan kumpulan pemisah Sulu sudah terjalin bukan empat bulan dahulu ketika pertemuan sulit beliau dan Pengerusi MNLF, Nur Misuari dilaporkan media tetapi telah diketahui sejak lebih 20 lalu.

Rakyat Sabah khususnya sudah tentu masih ingat bagaimana Dr Jeffrey Kitingan, adik kepada Joseph Pairin Kitingan, Presiden PBS, telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada awal tahun 1990AN kerana penglibatannya dengan kumpulan pemisah MNLF dan juga Sulu.

Pada ketika itu Anwar juga terlibat sama dalam merancang pemberontakan kumpulan pemisah itu tetapi beliau bernasib baik tidak ditangkap bersama Dr Jeffrey kerana berada di dalam kerajaan.

Jadi Anwar, MNLF dan kumpulan kesultanan Sulu bukanlah ikatan yang baru terjalin tetapi telah terbentuk berdekad lamanya.

Kerana itulah apabila sahaja Utusan Malaysia dan TV3 melaporkan kemungkinan Anwar adalah dalang, beliau cepat-cepat mengekang pendedahan lebih lanjut dengan mengambil tindakan undang-undang.

Apa yang dilakukan oleh Anwar dalam isu pencerobohan yang telah mengorbankan lapan anggota keselamatan bukan perkara baru tetapi merupakan kemuncak kepada strategi beliau untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Jika demonstrasi dan rusuhan jalanan tidak berjaya meruntuhkan kekuatan kerajaan Malaysia di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kini Ketua Pembangkang menggunakan pendekatan militer atau ketenteraan pula.

Ini adalah senjata terakhir Anwar sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 diumumkan iaitu dengan menggunakan isu kedaulatan dan keselamatan negara.

Era BlackBerry®

No comments:

Post a Comment