Wednesday, March 20, 2013

Sandiwara Murahan Tian Chua Memakan Diri?

Jenuh berpencak silat nampaknya pembangkang cuba menyelamatkan Tian Chua sambil menepis persepsi rakyat bahawa parti pembangkang tidak sensitif dan tidak patriotik.

Entah kenapa susah benar bagi pembangkang untuk mengaku bahawa Tian Chua telah keterlaluan, tersalah langkah dan celupar. Sedangkan lebih mudah untuk mereka menempelak Tian Chua dan memohon maaf dari rakyat dan keluarga wira-wira yang terkorban, bagi pihak parti mereka. Tentu dengan cara ini, rakyat akan lebih menghormati mereka sekali gus menyukarkan BN untuk mencari kelemahan mereka.

Tindakan pembangkang untuk membela Tian Chua membuktikan bahawa parti tersebut sebenarnya berkongsi sikap yang sama dengan Tian Chua iaitu tidak sensitif dan tidak patriotik. Bagi pembangkang, nyawa manusia tiada harga dan kedaulatan negara adalah perkara remeh.

Justeru, tidak guna mereka menuding jari keliling, sedangkan kata-kata Tian Chua yang biadap itu disiarkan oleh media rasmi mereka sendiri iaitu Keadilandlaily. Jika Tian Chua ingin membela diri, beliau harus terlebih dahulu mendakwa laporan media itu yang disiarkan pada 1 Mac 2013 mengenai kenyataannya, sebagai tidak benar sama sekali. Lebih elok jika beliau menyaman sahaja Keadilandaily. Tetapi Tian Chua enggan, sekali gus menunjukkan yang beliau teguh mempertahankan kenyataannya.

Antara petikan kenyataan Tian Chua yang membawa kepada pendakwaan menghina pasukan keselamatan ialah:

"pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah." dan

"Ada konspirasi oleh kerajaan UMNO untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing." serta · "Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat"

Sebaliknya, pembangkang memilih untuk menangani isu ini dengan menuduh kononnya pendakwaan terhadap Tian Chua adalah usaha UMNO untuk mengalihkan isu Sabah. Sedangkan sebelum itu, Tian Chua juga menuduh yang UMNO cuba menutup apa yang berlaku di Sabah.

Era BlackBerry®

No comments:

Post a Comment