Pada peringkat awalnya mereka merasakan ia merupakan satu strategi politik untuk memberikan tekanan kepada Barisan Nasional (BN), disamping untuk mengunakan isu "BN TIRU" terhadap kredibiliti kerajaan, andai wujud persamaan tawaran yang bakal ditawarkan kelak.
Akhirnya pada ketika ini, beban yang ingin diletakkan kepada kerajaan mula dirasai oleh pimpinan pakatan pembangkang khususnya Anwar Ibrahim yang merasakan strategi tersebut akhirnya telah memakan tuan. Nampaknya tekanan yang cuba diberikan dilihat, langsung tidak terkesan kepada parti pemerintah yang pada ketika ini sedang memberikan tumpuan khusus terhadap isu pencerobohan di Sabah.
Tambahan pula, kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak merasakan perlu menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan rakyat khususnya masyarakat di Sabah terlebih dahulu. Tambahan pula tragedi tersebut melibatkan masalah kedaulatan dan maruah negara yang perlu dipandang serius.
Berbalik kepada manifesto pembangkang, hasil penelitian yang dilakukan cadangan mereka yang menawarkan 'bulan dan bintang' itu akan menyebabkan kerajaan kehilangan hasil pendapatan kira-kira RM393.7 juta yang melibatkan 207,207 pembayar cukai.
Tambahan pula, pendekatan mereka untuk mengurangkan beban cukai dan di masa yang sama memberikan bantuan tambahan, dilihat hanya bersifat populis. Ini kerana semua yang ditawarkan itu bukanlah satu janji yang dapat menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat, sebaliknya semata-mata merupakan satu helah untuk meraih populariti di kalangan pengundi,
Ini kerana semua cadangan yang dibentangkan itu tidak mungkin akan dapat dilaksanakan kerana bakal menyebabkan negara menghadapi masalah pengaliran tunai. Lebih parah, cadangan 'Manifesto Bukan Janji' yang dibentangkan itu boleh menyebabkan negara berdepan dengan krisis kedudukan kewangan andai ia dilaksanakan.
Era BlackBerry®
No comments:
Post a Comment