Monday, December 17, 2012

Kenapa Perkasa Bantu Utusan Malaysia

“Kepada semua ahli Perkasa dan orang Melayu yang sudi menderma untuk bantuan guaman Utusan teruskan menderma dengan iklas. jika tidak berminat atau tidak berkemampuan tak apa, tapi jangan lah sampai menghasud dan menghina”. Kata YDP Perkasa Selangor En Abu Bakar Yahya.


Utusan Malaysia adalah Utusan Melayu, satu satu nya akbar yang banyak membantu orang Melayu sejak sebelum merdeka hingga kini bagi menyalurkan maklumat atau pun berita, terutama peluang yang di sediakan oleh kerajaan seperti melanjutkan pelajaran, mendapatkan perkerjaan dan peluang perniagaan sehingga ramai juga yang berjawatan serta berjaya menjadi hartawan dan jutawan.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan wang sumbangan kutipan “Derma Tabung Bantuan Guaman Utusan Lawan Nurul Izzah” di Perhimpunan Agung Perkasa, Taman Tasek Titiwangsa, Semalam.
Tabung Kutipan derma ini telah di lancarkan oleh Presiden Perkasa YB Dato Ibrahim Ali baru baru ini di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru. Kuala Lumpur.
Beliau seterusnya berkata “Jangan lah kita menjadi orang melayu yang mudah lupa dan buta sejarah sehingga sanggup melontarkan berbagai dakyah dan fitnah yang boleh memusnahkan Agama, Bangsa dan Negara”.
“Kita bantu Utusan kerana banyak berjasa kepada bangsa melayu serta kita mahukan akbar tersebut terus beroperai dan terus berada di pasaran”. Kata beliau lagi yang lebih di kenali dengan panggilan ABY.
Kutipan tabung ini di lancarkan setelah Nurul Izzah yang juga Naip Presiden Parti Keadilan, telah menyaman Utusan Malaysia kerana menyiarkan artikel yang dikatakan menfitnah beliau.
“Adalah menjadi kehairanan kenapa Utusan sahaja yang di saman, sedangkan berita yang di paparkan adalah berita yang di war warkan oleh Malaysiakini terlebih dahulu”. jelas beliau.
ABY seterusnya berkata “Saya yakin dan percaya individu yang membuat propaganda menghina, memfitnah dan cuba menghancurkan perjuangan Utusan dan perjuangan perkasa adalah individu yang bencikan bangsa melayu serta sudah tiada roh/semangat melayu. Mereka ini merupakan talibarut musuh, penderhaka dan penghinat Agama Bangsa dan Negara.


Oleh Zanuddin Salleh
http://www.pribumiperkasa.com/


No comments:

Post a Comment