Friday, November 9, 2012

Lidah Belit Anwar dan Nurul Izzah Lebih Bahaya Dari Ular Sawa wehh !

Apabila fahaman liberalnya terdedah, Nurul Izzah pantas menuding jari kepada akhbar berbahasa Melayu pro-kerajaan sebagai memutar-belit kenyataannya berkenaan hak menukar agama bagi umat Islam. Hairan sekali kerana, kenyataan yang sama juga telah dipetik oleh Malaysiakini tetapi Nurul Izzah langsung tidak menyalahkan Malaysiakini.

Hari ini, Malaysiakini mengambil inisiatif memaparkan transkrip penuh soalan dan jawapan Nurul Izzah dalam forum tersebut dan ternyata tiada apa yang disalahlapor atau diputarbelit oleh mana-mana pihak seperti yang didakwanya.



Kemudian, muncul pula seorang peguam meluahkan rasa kecewa terhadap Nurul Izzah kerana membuat pusingan 180 darjah di akhbar sedangkan beliau yang menjadi peserta forum adalah antara yang mengemukakan soalan kepada Nurul Izzah berkenaan isu tersebut. Dan menurutnya, Nurul Izzah telah memberi jawapan yang jelas bahawa hak menukar agama adalah juga tertakluk juga ke atas umat Islam.

Untuk berlaku adil kepada Nurul Izzah, beliau juga ada menambah bahawa semuanya terpulang kepada kualiti seorang Muslim untuk tidak mudah terpengaruh dengan ajaran agama lain.

Namun, untuk berlaku adil juga kepada media yang dituduh memutarbelit kenyataannya, Nurul Izzah tidak pernah menambah kenyataan berikut ketika di dalam forum itu, iaitu,"Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan," sepertimana yang dinyatakannya di media.

Justeru, siapa sebenarnya yang membelit siapa?

Jelas, Nurul Izzah, semakin menyerupai bapanya Anwar Ibrahim yang terkenal sebagai talam berpuluh-puluh muka. Memandangkan forum diadakan di gereja, maka Nurul Izzah merasakan 'selamat' dan sesuai untuk menunjuk keterbukaan dan menyerlahkan fahaman liberalnya. Tujuannya pastilah untuk meraih sokongan penganut Kristian dan juga golongan liberal.

era

No comments:

Post a Comment