Monday, October 15, 2012

Konsert BERSIH tiada sambutan ?

Bertempat di Stadium Kelana Jaya, Sabtu lepas, NGO Bersih 2.0 telah mengadakan "Konsert Bersih 2.0 8T" sebagai usaha lanjutan untuk terus menyemarakkan kempen propaganda anti SPR.

Simbol 8T merujuk secara langsung kepada lapan tuntutan yang diperjuangkan oleh NGO tersebut. Menurut penganjur, konsert tersebut diadakan sebagai manifestasi kekecewaan konon kerana kesemua lapan tuntutan mereka gagal dipenuhi.

Stadium ini secara rasminya memiliki tempat duduk berkapasiti 25,000 penonton dan jika kawasan padangnya diambil kira, secara umumnya dapat menampung sekitar 35,000 hingga 40,000 orang pada satu-satu masa.



Dalam Konsert Bersih 2.0 8T itu, amat jelas kelihatan ruang kosong di atas padang dan bangku tempat duduk lebih banyak tak berpenghuni, menunjukkan betapa kurangnya sambutan orang ramai terhadap program sosial anjuran NGO Bersih 2.0 itu.

Ada portal pro pembangkang yang mendakwa konsert tersebut telah dihadiri 700 orang, manakala portal lain pula menyatakan hanya 500 orang sahaja yang memeriahkan majlis tersebut.

Berdasarkan pemerhatian dan hasil culaan di lokasi, angka sebenar kehadiran orang ramai dalam konsert tak bermanfaat itu hakikatnya hanya sekitar 300 orang sahaja termasuklah kira-kira 100 orang petugas dan artis-artis yang terlibat.

Walaupun angkanya berbeza-beza tapi kesimpulannya sama, konsert tersebut tidak mendapat sambutan dan jumlah kehadiran pula sudah sahih di bawah angka seribu.

Sekalipun pemimpin utama NGO Bersih seperti Pengerusinya, Ambiga Sreveneesan dan A. Samad Said turut hadir memberi ucapan dan sokongan, manakala promosi pula telah dilakukan secara besar-besaran sejak dua minggu lalu, nampaknya ia tetap gagal menggamit perhatian ramai.

Nyata ia satu pencapaian yang agak mengecewakan penggerak NGO Bersih kerana jumlah kehadiran yang terlampau merosot berbanding kehadiran sekitar 4,000 orang semasa Sambutan Ambang Merdeka dan 25,000 orang semasa demonstrasi jalanan Bersih 3.0.

era

1 comment:

  1. Salam sis. Hanya mereka yang bukan patriotik sahaja sanggup berhimpun dan menyertai perhimpunan jalanan yang mungkin akan bertukar menjadi rusuhan akibat tindakan mereka yang mahu huru-harakan negara ini.

    ReplyDelete