Tuesday, October 16, 2012

Bajet PR Ketepikan Islam

Pembentangan Bajet baru-baru ini dan kemudiannya Laporan Audit semalam telah mendapat sambutan positif semua pihak. Secara tidak langsung, ini bolehlah ditafsirkan sebagai keyakinan rakyat yang meningkat terhadap Barisan Nasional. Terbukti kini bahawa Barisan Nasional bukanlah sebuah parti yang bercakap tidak serupa bikin kerana jelas segala janji telah ditepati dan segala program pula telah dilaksanakan sebagaimana yang dirancang.

Semua ini terbukti melalui penilaian prestasi dan kewangan kerajaan persekutuan. Barisan Nasional juga tidak bersikap hipokrit seperti menggunakan slogan-slogan indah, cuba menggambarkan parti ini sebagai maksum atau malaikat yang suci murni tanpa sekelumit dosa. Barisan Nasional juga tidak pernah menggambarkan parti ini sebagai mempunyai kuasa ghaib yang mampu mengawal harga pasaran mahupun menurunkan harga barang dengan sekelip mata.



Bajet yang dibentangkan BN adalah bajet yang berasaskan realiti iaitu berdasarkan kemampuan parti dan keadaan ekonomi dunia sepertimana yang terbukti melalui laporan audit negara.

Walaupun BN tidak terikat dengan gambaran suci murni dan maksum sepertimana Pakatan Rakyat, Bajet yang dibentangkan BN tetap mengambil kira tuntutan agama dalam merancang pembangunan negara.

PR sebelum ini telah mengkritik BN kononnya telah mengenepikan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dalam Bajet kali ini. Hipokrasi PR ini amatlah memualkan terutama apabila merujuk kepada sikap parti tersebut terhadap masalah murtad, termasuk penggunaan nama Allah oleh bukan Islam serta Injil berbahasa Melayu yang mana disokong oleh mereka.

Jika soal akidah sudah menjadi perkara remeh, apakah layak bagi PR untuk mempersoalkan hal-hal lain berkenaan Islam kepada orang lain?


Umat Islam harus memahami bahawa ilmu dalam Islam tidak semestinya berkisar soal agama sahaja. Malah, telah ditekankan secara jelas dalam Al-Quran mengenai tugas manusia untuk mencari ilmu di langit, bintang dan alam semesta iaitu meneroka bidang sains, astronomi, matematik dan lain-lain. Oleh itu, adalah tepat bagi kerajaan untuk merangkumkan sekali pendidikan dalam semua bidang ilmu termasuk agama dalam belanjawan negara. 

era






No comments:

Post a Comment