Tuesday, June 5, 2012

Salah ke kalau suka K-POP ?

Masih riuh rendah penyokong pembangkang khususnya dari PAS mempertikaikan penyertaan kumpulan artis K-pop dalam pertunjukkan pentas semasa Himpunan Jutaan Belia 2012 (HJB2012) anjuran Kementerian Belia & Sukan (KBS) minggu lalu.

Menurut mereka, persembahan oleh artis seksi dari Korea itu tidak sesuai dengan adat resam negara kita selain dianggap akan menggalakkan kemaksiatan serta menyemarakkan kerosakan akhlak di kalangan generasi muda hari ini.


Jika diterima bulat-bulat kata-kata mereka tentu saja kita beranggapan semua pengkritik itu sama sekali tidak akan membiarkan walau satupun kumpulan artis seksi atau jelik persembahannya seumpama k-pop menjejak kaki di negeri yang diperintah oleh parti pujaan mereka.

Realitinya tidaklah begitu, kuman di seberang laut kerap kelihatan dan gajah depan mata selalu kita lupakan. Lumrah alam biasanya begitulah.

Setahun yang lalu kira-kira seminggu sebelum datangnya bulan Ramadhan, satu konsert hiburan dari sebuah kumpulan artis wanita K-pop Korea juga ada dilangsung di Bandar cahaya i-City, Seksyen 7 Shah Alam - MTV World Stage Live in Malaysia 2011.

Manakala empat tahun dulu bertempat di Stadium Kelana Jaya sempena perlancaran majlis rasmi yang disokong kerajaan PR Selangor pula, sebuah kumpulan punk tempatan yang dinamakan Carburetors Dung buat pertama kalinya memecahkan rekod melondehkan seluar dalam dan punggung mereka kepada khalayak.

Tika itu tidak pula timbulnya kecaman ataupun kritikan membantah gerak tari yang meloyakan itu sebaliknya ada pemimpin pembangkang misalnya Naib Presiden PAS, Husam Musa meminta khalayak menghakimi anak-anak muda itu melalui senikata lagu yang mereka persembahkan berbanding tarian londeh memperlihatkan seluar dalam.

Demikian halnya dengan kemunculan sebuah kumpulan wanita 'k-pop' (Kelantan-Pop) yang dianggotai oleh empat orang anak jati Kelantan yang bergaya seksi tetapi agak popular nyanyian lagunya hingga ada antaranya menjadi siulan ramai anak-anak muda Kelantan.

era

No comments:

Post a Comment