PAS seolah-olah terpegun dengan kejayaannya mengumpul lebih 100,000 penyokong di Stadium Darul Aman, Kedah baru-baru ini.
Perhimpunan yang dinamakan Himpunan Hijau ke Putrajaya bertujuan menyuntik semangat dalam usaha parti itu merampas kerusi kerajaan pusat daripada Barisan Nasional.
Begitulah gerak kerja PAS yang menganggap bilangan penyokong yang hadir pada sebarang perhimpunan atau ceramah mereka sebagai tanda aras kepada tahap sokongan rakyat kepada parti itu.
Politik angka ini juga menjadi budaya PKR dan DAP kerana bagi mereka lebih ramai yang datang mendengar siri ceramah yang memaki hamun, mencaci dan memfitnah pemimpin negara, maka lebih ramailah yang datang untuk mendengar.
Lebih-lebih lagi jika maki hamun dan cacian itu mencapai tahap maksima berisak-isaklah penyokong untuk mencari tempat duduk.
Realitinya jumlah yang ramai belum tentu lagi diterjemahkan menjadi undi di peti undi setiap pilihan raya diadakan.
Kebanjiran 'kopiah putih' di stadium tersebut umpama buih-buih di permukaan air yang akan hilang apabila ditiup angin.
Mereka sebenarnya tidak mempunyai kekuatan sedikitpun kerana apa yang dipaparkan dalam media milik pembangkang atau youtube mahupun blog hanyalah sebagai satu propaganda murahan untuk menunjukkan seolah-olah mereka bila-bila masa sahaja boleh menawan Putrajaya.
Jika begitu sudah lama PAS memerintah Malaysia sekiranya populariti diukur daripada berapa isi padang atau stadium mampu diisi oleh sesebuah parti politik.
Lihat sahaja semasa kempen pilihan raya peringat negeri Sarawak pada April tahun lalu di mana boleh dikatakan ceramah anjuran BN lebih kecil kehadirannya daripada yang dianjurkan pembangkang.
Mereka berdabik dada dengan penuh kebanggaan bahawa saatnya amat hampir untuk menubuh kerajaan negeri bari menggantikan BN.
Malah Pengarah Pilihan Raya PKR bagi PRN Sarawak, Azmin Ali dengan begitu angkuh berkata partinya akan merangkul sekurang-kurang 34 kerusi.
era
No comments:
Post a Comment