Friday, April 27, 2012

Himpunan Jutaan Belia Paling Gempak !



Tahniah Kementerian Belia dan Sukan dan di atas inisiatif untuk mengadakan Himpunan Jutaan Belia 2012 yang akan diadakan mulai 23-27hb Mei ini.Bermula dari kejayaan menghimpunkan SEJUTA belia di lokasi yang sama tahun lalu,perhimpunan kali ini mensasarkan kehadiran DUA JUTA belia dari seluruh negara yang pasti akan memeriahkan lagi acara tersebut.

Perhimpunan ini merupakan perhimpunan belia terbesar dan pasti menjadi tumpuan bukan sahaja belia daripada dalam negara malahan daripada luar negera yang pasti turut serta merasai bahang kemeriahannya. Dalam masa yang sama para belia juga dapat menjelajahi Putrajaya disamping menyertai 500 jenis acara yang bakal diadakan.

Sesungguhnya keriangan ini bukan sahaja dapat dikecapi oleh para belia tetapi semua golongan berpeluang untuk melihat pelbagai jenis pameran serta aktiviti yang bakal menguji kekuatan dari semi emosi dan juga jasmani...ayuh semua kita ke sana... 23-27hb Mei HIMPUNAN JUTAAN BELIA.

No comments:

Post a Comment