Thursday, April 26, 2012

Himpunan Belia Lambang Perpaduan Rakyat Malaysia

"Di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung"

"Dalam kata lain sungguh pun kita terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan suku mahupun keturunan, kita harus insaf bahawa di bumi Malaysia inilah kita dilahirkan, dibumi inilah kita mencipta kehidupan dan dibumi inilah kita bersemadi.

Menyedari realiti golongan belia sebagai anggota masyarakat yang paling idealistik, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengadakan Sambutan Hari Belia pada 23hb-27hb Mei 2012 dengan menyediakan sebanyak 500 aktiviti selama seminggu berbanding 203 aktiviti pada tahun lalu bagi merancakkan lagi sambutan dan menarik lebih banyak penyertaan terutama dari kalangan golongan belia ke sambutan tersebut.



Himpunan Jutaan Belia akan meneruskan kerjasama dan penglibatan pelbagai pihak termasuk Kementerian, Jabatan dan agensi kerajaan, swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) supaya ianya menonjolkan satu perhimpunan kepada kepelbagaian dalam masyarakat.

Himpunan Jutaan Belia pada tahun ini akan lebih hebat dengan penyertaan daripada masyarakat seluruh Malaysia dan juga penyertaan daripada masyarakat luar negara dan sekaligus dapat mengeratkan talian persahabatan diantara pelbagai kaum bukan hanya di Malaysia malah serata dunia.

Golongan belia hari ini sudah pandai menilai tentang sesuatu perkara malah perhimpunan ini dilihat dapat mematangkan pemikiran golongan belia dalam menilai sesuatu isu yang sengaja digembar gemburkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Himpunan Jutaan Belia pada tahun ini bukan sahaja membawa pelbagai variasi dalam kepelbagaian kaum serta budaya tetapi perhimpunan ini juga adalah Himpunan Perpaduan Rakyat Malaysia yang bersatu padu dan saling bekerjasama serta menghargai keamanan yang ada..

No comments:

Post a Comment