Wednesday, May 23, 2012

Rafizi Tersungkur Di Kaki Khairy ?

Debat antara Rafizi Ramli dan Khairy Jamaluddin di tonton oleh semua penyokong kerajaan dan penyokong pembangkang di siaran Astro Awani 501, penyokong kedua-dua pihak juga hadir untuk memberikan sokongan yang padu kepada pedebat masing-masing.



Namun apabila melihat debat ini secara keseluruhannya, pemenangnya tetap Khairi Jamaludin yang petah bercakap dan penuh dgn fakta, berbanding dgn Rafizi yang lebih banyak memberikan soalan lebih daripada jawapan. Ini tidak menunjukkan kehebatannya berdebat kerana dari segi fakta memang tiada. Apa yang lebih ditekankan adalah perkara yang tiada kaitan dengan memperbaiki PTPN tetapi lebih cenderung bertanyakan soalan yang tidak berasas dan seperti orang yang tiada akal.

Dari segi contoh dan persediaan Rafizi masih ketinggalan, banyak angka-angka yang di sebutkan adalah tidak tepat dan merewang dan tidak nampak macam akauntan yang hebat.

Siapa bilis yang dimaksudkan oleh Rafizi, dan siapa jerung yang lepas bebas, bercakap memang senang tetapi apabila tiba masa untuk melaksanakan sesuatu yang dibicarakan memang tidak senang.

Berbanding dengan Khairi Jamaludin yang tenang menjawab semua soalan yang dikemukakan, walaupun ada soalan yang tiada kena-mengena dengan isu ini namun semua soalan dijawab dengan fakta dan angka yang tetap.

Tahniah kepada kedua-dua pedebat kita yang 'sporting' untuk berdebat tentang isu ini, namun apa kesudahannya ?? Debat berlangsung namun isu tetap ada, samada fakta tersebut diterima atau auta yang di suka, hanya anda yang tahu kerana pilihan ditangan anda..Namun apa yang pasti PKR hanya pandai berjanji tapi BN tetap TEPATI JANJI !

era

No comments:

Post a Comment