Thursday, May 24, 2012

PM Debat Dengan Bekas Banduan ??


Hari ni tak abis-abis lagi yang bercakap, mengomel dan mengkritik perihal debat Khairy dan Rafizi. Ada yang mengatakan Khairy hebat dapat bogelkan Rafizi. Tak kurang juga yang mengatakan Rafizi bagus dan dalam mengeluarkan beberapa fakta untuk membidas Khairy.



Secara umum semua dah dapat buat rumusan tentang mereka berdua. Setiap persoalan dan kritikan begitu lancar dijawab oleh Khairy. Agaknya masing-masing dah puas hati dapat tengok debat mereka berdua tu.

Sekarang kita dengar pulak ada yang dok canang nak dengar debat antara DS Najib Razak dan Anwar Ibrahim. Sempat jugak la aku tanya pendapat Datuk Ismail bin Kijo pendapat beliau tentang cadangan debat PM dengan Penasihat PKR ni.

Kata beliau,

Apa yang untungnya perdebatan ni ?

Dapat menambahkan undi dalam parti ke ?

FDI negara akan naik ke ?

Apa kelayakan banduan nak berdebat denga seoran Perdana Menteri Malaysia ?

Adakah negara akan lebih aman ?

Pada beliau, adalah lebih baik sekiranya PM fokus pada tanggungjawab beliau dalam memajukan negara. Banyak lagi yang perkara-perkara lain yang lebih berfaedah dari duduk berdebat dengan bekas banduan.


angrybird's BlackBerry®

No comments:

Post a Comment