Thursday, May 17, 2012

Jangan Kacau Bilaukan Malaysia

Bila berkesempatan lepak duduk kat dataran sambil-sambil tengok persiapan untuk citrawarna 2012 yang akan di adakan pada hari sabtu ni, terlintas dalam kepala ni kan best macam ni tengok kiri dan kanan ada yang bawak keluarga bersama-sama santai kat sambil tengok anak-anak yang turut sama terlibat dalam acara tersebut.

Teringat pulak insiden-insiden menawan dataran merdeka oleh puak-puak yang memperjuangkan Bersih 3.0. Entah macam mana mereka tu tak boleh nak fikir dengan apa yang mereka dah buat. Memang tak guna otak bila berfikir.



Bila dilihat persiapan kali ni, penyertaannya terdiri dari pelbagai kaum. Melayu, India mahu pun Cina, masing-masing begitu serasi dan bersatu untuk menjayakan acara ini. Bukti di mana Malaysia merupakan sebuah negara yang bijak dalam urusan pentadbiran dan menjadi kebanggan rakyat.

Pertuduhan mengatakan Malaysia tidak aman, rakyat berpecah belah merupakan agenda untuk menjatuhkan dan juga menghuru hara keamana yang sedia ada.

Penyertaan dari peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, penjawat awam, badan-badan berunifom dan tak lupa badan-badan bukan kerajaan. Sesungguhnya dari raut wajah mereka terpancar gembira dan seronok dapat bersama kawan-kawan untuk menjayakan Citrawarna kali ini.

Di fahamkan acara tahunan gilang gemilang ini akan di rasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Muhyidin Yassin. Kepada semua di saran datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan acara tersebut.


angrybird's BlackBerry®

No comments:

Post a Comment