Thursday, May 17, 2012

Ambiga menagih Bantuan Polis ??

Setelah mengganggu warga kota pada 28 April lalu sehingga menyebabkan peniaga-peniaga kecil dan miskin kerugian, pemandu teksi kehilangan pendapatan seharian serta mengotorkan jalanraya, Ambiga Sreevanesan berharap akan dapat pulang berehat di rumah agamnya di kawasan elit Bukit Damansara sebagai seorang pejuang rakyat yang keletihan, baru pulang dari perbatasan.

Namun, tidak terjangka oleh Ambiga bahawa mereka-mereka yang terkesan dari perbuatannya itu akan membalas dendam dengan mengganggu hidupnya pula. Tidak sangka semangat srikandi rakyat ini begitu pantas goyah apabila sekumpulan peniaga IKHLAS dan Bekas Tentera, berniaga dan bersenam di hadapan rumahnya.



Walaupun gangguan yang dihadapinya tidak termasuk kerugian dari segi kewangan, mahupun menyekat pintu rezekinya seperti yang dialami oleh rakyat yang terlibat, tetapi Srikandi murtad dan LGBT yang dipandang mulia oleh PAS ini jelas amat tertekan apabila sukar untuk masuk ke kawasan rumah sendiri.
Hairan, bagaimana seorang pejuang fahaman liberal yang kuat, bersemangat tinggi dan begitu hebat boleh menjadi sebegitu gabra hanya kerana "sukar untuk keluar masuk ke kawasan rumahnya".

Mungkin juga bauan asap burger membuatkannya lemah jantung atau senaman ponggong sekumpulan bekas tentera kita pula membuatkan darah tingginya naik secara tiba-tiba. Tidak tahan melihat tekanan yang dihadapi Ambiga akibat "sukar keluar masuk ke rumah", A. Samad Said juga turut merayu agar jangan diganggu Ambiga.

Apapun, dengan meminta bantuan polis dan Majlis Bandaraya untuk menangani masalah 'sukar keluar masuk ke rumah sendiri", Ambiga telah mengaku kalah.

Seolah-olah menjilat kahak sendiri Ambiga langsung tidak malu meminta bantuan mereka-mereka yang digelarnya 'anjing' yang dihina sebagai pemalas, lembab, bodoh. Mereka-mereka ini jugalah yang dituduhnya sebagai korup, tidak adil, berat sebelah dan sebagainya.

Ya, kali ini Ambiga mungkin akan menafikan yang beliau pernah menghina polis, kerajaan dan semua agensi-agensi kerajaan tetapi hakikatnya, itulah yang dimomokkan saban hari oleh puak berfahaman liberal dan juga ekstremis Cina yang bernaung di bawah berbagai-bagai nama pertubuhan dan parti politik yang menyokong BERSIH.

-era-

No comments:

Post a Comment