Apabila Anwar Ibrahim dipecat pada tahun 1998, pembangkang-pembangkang di Malaysia bagai mendapat nafas baru. Anwar yang dahulunya digelar Al-Juburi oleh Mat Sabu, dituduh secara langsung oleh Karpal Singh sebagai homoseksual di dalam Parlimen, dihentam dan dicemuh kiri dan kanan oleh PAS dan DAP, kemudiannya dijulang dan dinobat sebagai manusia paling suci sebaik saja dipecat oleh UMNO kerana terlalu kotor.
Sehubungan dengan itu juga, PAS dan DAP iaitu dua parti yang amat bertentangan ideologi tiba-tiba bekerjasama dengan parti baru yang ditubuhkan khas untuk membela Anwar Ibrahim iaitu Parti Keadilan (ADIL). Ketiga-tiga parti ini kemudiannya menubuhkan Barisan Alternatif (BA) bagi menyatakan kerjasama secara rasmi.
Bagaimanapun, PAS, DAP dan ADIL atau sekarang PKR sentiasa mengalami pasang surut serta berbagai cabaran dalam mengekalkan kerjasama mereka. Pada 21 September 2011, DAP telah keluar dari BA disebabkan krisis dengan PAS mengenai penubuhan Negara Islam.
Pada PRU 2004, ketiga-tiga parti bertanding secara berasingan dan mencabar sesama sendiri.
Pada PRU 2008, ketiga-tiga parti ini kembali bekerjasama dan menyaksikan mereka memenangi 82 daripada 222 kerusi Parlimen. Mereka kemudiannya menubuhkan Pakatan Rakyat (PR) pada 1 April 2008 setelah PAS akhirnya mengalah dan akur dengan DAP untuk melupakan perjuangan memartabatkan Islam.
Berdasarkan kesedaran bahawa parti-parti mereka tidak mungkin dapat bekerjasama dengan ikhlas dengan sebenar-benarnya kerana matlamat yang jauh bertentangan, maka mereka mengambil keputusan untuk TIDAK mendaftarkan gabungan parti PR secara rasmi.
Dan hari ini, walaupun lebihi 10 tahun berlalu, ketiga-tiga parti mereka kekal berdiri secara berasingan walaupun mengaku berada dalam satu pakatan.
Selama itu juga, entah beberapa kali PAS tersinggung dengan DAP dan begitu juga sebaliknya apabila hukum-hakam agama Islam dijadikan isu politik.
DAP terkenal dengan ketegasan dalam menyatakan pendirian dan mereka tidak akan berundur walau setapak atas alasan apa sekali pun. DAP sanggup mati, sanggup keluar pakatan dan sanggup menentang sesiapa saja, termasuk rakan sekutu sendiri demi mempertahankan prinsip dan perjuangan mereka yang menentang penubuhan Negara Islam.
No comments:
Post a Comment