Thursday, April 12, 2012

Dong Zong Makin Gila ?

Belum puas menghalau guru bukan Melayu dari sekolah Cina, kini Dong Zong membuat tuntutan lagi iaitu inginkan agar kemasukan pra-universiti dibuka atau dilonggarkan kepada semua kaum. Alasan Dong Zong ialah kemasukan pra-universiti di negara ini adalah tidak begitu telus kerana ia disusun agar memberi kelebihan atau memudahkan bumiputera mendapat tempat di universiti, sekali gus mengurangkan ruang kepada kaum lain.

Kita tidak pasti bagaimana Dong Zong menilai perkara ini tetapi kita yakin ia ada kena mengena dengan syarat wajib lulus Bahasa Malaysia. Sedangkan syarat ini patut dianggap sebagai syarat semulajadi kerana sudah menjadi keharusan bagi semua warganegara untuk fasih berbahasa Malaysia. Dengan pemberian taraf warganegara percuma kepada kaum pendatang suatu ketika dahulu, kewajipan untuk anak cucu mereka fasih berbahasa kebangsaan adalah bayaran yang terlalu kecil dan tidak perlu dipersoalkan langsung kerana ia merupakan perkara semulajadi bagi semua negara di dunia.



Kita percaya, tuntutan ini bukan tuntutan terakhir Dong Zong. Mereka akan terus menuntut dan menuntut sehingga budaya dan bahasa Cina diiktiraf sebagai setaraf atau lebih tinggi dari budaya dan bahasa rasmi Malaysia. Tidak keterlaluan rasanya dikatakan bahawa inilah ikrar Dong Zong yang akan dipegang mereka selama-lamanya atas alasan memperjuangkan nasib kaum Cina di Malaysia.

Dan inilah masalahnya dengan manusia hipokrit seperti Dong Zong. Apabila UMNO bercakap mengenai memperjuangkan nasib Melayu yang masih ketinggalan dari segi pendidikan dan ekonomi, UMNO dituduh rasis. Tetapi apabila Dong Zong memperjuangkan bangsa Cina yang sedia mendahului kaum lain dari segala segi, Dong Zong dikatakan memperjuangkan keadilan.

Sejarah telah membuktikan bahawa UMNO telah banyak bertolak ansur dengan kaum lain dengan membenarkan kewujudan sekolah jenis kebangsaan, mengamalkan budaya serta agama masing-masing secara meluas dan bebas. UMNO juga tidak mengehadkan kek ekonomi kepada kaum lain dan hasilnya mereka telah mengaut kekayaan yang bukan sedikit di Malaysia ini. Pendek kata, UMNO banyak mengalah dengan kaum pendatang demi kemerdekaan dan keamanan negara ini.


No comments:

Post a Comment