Friday, March 30, 2012

Santai Bersama Tan Sri Rafidah Aziz @TehTarikYB

Pertama kali dapat bersua, dapat bertanya, dapat berbual panjang, beliau memang seorang yang cukup tegas dengan pendiriannya. Apa kata orang, apa cakap2 orang, pandangan orang lain, beliau tetap dengan pendirian beliau sendiri. Buat dulu, jangan cakap saja, tak guna kalau asyik cakap, cakap tapi habuk pun tarak. Itu la dia Iron Lady, Tan Sri Rafidah Aziz. 

Macam-macam soalan yang beliau kena jawab, tapi nampaknya beliau memang masih ramai peminat. Kali ni semua peringkat umur ada. 

Beliau mengingatkan pada semua yang hadir agar menumpukan pada objektif negara, bukan impian individu pembangkang. Jangan kerana pijat, kelambu pulak kita nak bakar. Bagi sokongan pada negara, pemimpin bukan nya kekal selama lamanya. Sampai masa akan ada pertukaran baik dari pucuk pimpinan sehingga peringkat bawahan.


Beliau juga bukan jenis yang hipokrit. Kalau mana yang beliau rasa perlu perubahan atau penjelasan, tanpa segan segan beliau akan utarakan pada PM (dulu Tun M). Mana yang beliau rasa perlu dikritik, beliau akan kritik secara positif. Kata beliau lagi, saya bukan jenis angguk atau setuju semuanya tanpa fikir langsung. Beliau merupakan seorang yang setia pada parti, sampai hari ni pun beliau masih menyokong sepenuhnya BN.

Bila ditanya tentang ramalan PRU akan datang, beliau dengan tegas menjawab, kita ni jangan suka nak buat ramalan saja, buat kerja baru tahu lepas tu menang atau kalah. Kalau asyik nak buat ramalan, kerja ntah kemana hala. Beliau juga bagitahu dah tak minat lagi nak aktif seperti dulu. Ada yang sms pada beliau bertanyakan, dah tua bangka nak jawatan lagi ke ..??? Beliau lebih suka habiskan masa dengan keluarga memandangkan tahun depan dah masuk 70tahun.

Banyak yang dikongsi bersama tetamu yang datang malam tu. Nak jadi pemimpin jangan hanya pandai bercakap, hebat bila dapat mikrofon tapi kerja tak buat. Yang paling penting dan utama, turun jumpa siapa yang kat kampung, kat sawah, yang nak mengundi, yang tukar alamat nanti mengundi kat mana. Itu yang pemimpin perlu buat.

Sempat aku tanya beliau dimeja makan, beberapa tip dan pesanan. Yang paling aku akan ingat, berkali kali dia bagi tahu. Jangan simpan perasaan tak baik, negatif, iri hati, dengki dalam hati. Bila rasa ada perasaan tu nak datang cepat cepat turn to positive. Pesan kat hati, kat diri kita, dah bukan rezeki kita, memang kita tak kan dapat. Kalau rezeki kita memang tak kemana. 

Sebelum beliau melangkah pulang, berkali kali aku mintak dari beliau, Tan Sri tinggalkan aura Tan Sri untuk saya. Sesungguhnya ketegasan beliau bila bersuara bersama keyakinan itulah yang memikat semua yang hadir



No comments:

Post a Comment