Selama hari ini rakyat sering kali didoktrinkan dengan pemikiran bahawa Pakatan Rakyat berupaya membawa Malaysia ke satu tahap yang baru, dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN). Kunci kepada idea pembaharuan tersebut ialah dengan meletakkan Anwar sebagai ikon pemimpin yang suci, bersih dari segala penyalahgunaan kuasa dan rasuah – mengambil teladan dari rekodnya sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebelum dipecat pada 1998 atas kesalahan moral.
Justeru, amat penting sekali Anwar dan Pakatan Rakyat 'dilihat' bebas dari sebarang unsur-unsur berkaitan rasuah dan salah guna kuasa. Kalau pun ada, ia perlu cepat-cepat di sapu ke bawah karpet sebelum ada yang nampak dan cuba mempersoalkan.
Paling tidak, tuduh UMNO sebagai dalang dan nescaya perkara itu akan cepat dilupakan. Inilah strateginya.
Tapi perkembangan mutakhir dalam kes saman antara ahli perniagaan Low Thiam Hoe dengan Hong Leong Bank Berhad berhubung skandal pembelian Kewangan Bersatu Berhad (KBB) bernilai RM 445 juta pada 1998, yang menyaksikan nama Anwar dan Pengerusi Hong Leong, Tan Sri Quek Leng Chan turut terbabit, dipercayai akan mengubah pandangan rakyat terhadap 'kesucian' Anwar.
Latar belakang ini kes ini secara ringkasnya ialah wang sebanyak RM 445 juta telah dibayar untuk tujuan pengambilalihan KBB tapi pengambilalihan itu sendiri tidak pernah berlaku.
DImana Anwar terlibat? Anwar terlibat hasil dari peranannya sebagai Menteri Kewangan dan hubungan baiknya dengan Quek yang menyaksikan transaksi wang itu berlaku ketika banyak proses lain berkaitan pengambilalihan masih belum selesai. Disamping itu, hubungan Anwar dengan pemilik asal KBB, syarikat Arus Murni Corporation Sdn Bhd (AMC) yang dimiliki kroninya, Hamzah Harun dan Mohd Faiz Abdullah (yang juga penulis ucapannya) yang turut memainkan peranan penting dalam kes ini.
No comments:
Post a Comment