Monday, February 13, 2012

Wirawati Bersama Jalinan Kasih

Pada hari ini bertarikh 12hb Febuari 2012, hari Ahad, Wirawati Perkasa Malaysia bersama-sama dengan Sehelai Baju DotCom berkolaborasi buat kesekelian kalinya dan kali ini kita memilih Rumah Jalinan Kasih Anak-Anak Yatim & Miskin yang beralamat di :

RUMAH JALINAN KASIH
No 2, Jalan Megah 31, Taman Megah,
Batu 10 Jalan Cheras, 43200 Selangor D.E



Kediaman ini didiami seramai 25org anak-anak yatim & miskin yang mempunyai pelbagai latarbelakang dan pengalaman.Inilah syurga mereka untuk berlindung serta berkongsi kasih sesama mereka. Apa yang lebih utama, mereka memerlukan bantuan dan juga sumbangan daripada masyarakat yang prihatin untuk meneruskan kehidupan harian.
Walaupun ada pelbagai pihak datang memghulurkan sumbangan, namun apa yg mereka inginkan adalah barangan seperti keperluan harian seperti makanan basah serta barangan kegunaan harian kerana sumbangan sebegitu adalah amat berkurangan.....

Jika ada pihak-pihak yang ingin turut sama membantu serta mendapatkan maklumat lanjut tentang Rumah Jalinan Kasih bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi penyelia Rumah Jalinan Kasih di talian tersebut. Sumbangan anda amatlah dihargai.

Puan Ella - 012 360 0276
Mak Som - 017 282 9684
En Idris   -  017 337 7858


2 comments: