Thursday, February 16, 2012

Masih Wujudkah Semangat MELAYU ?

Siapakah Melayu menurut tafsiran Perlembagaan? Takrifan Melayu sebenarnya sangat luas dan jika diambil daripada konteks sejarah dan sosiobudaya, Melayu itu meliputi mereka yang mendiami kepulauan Melayu. Walaupun terdapat pelbagai suku bangsa, bahasa, dan loghat, kebanyakan ahli bahasa dan budayawan menganggap mereka sebagai satu kumpulan yang sama, iaitu keturunan Melayu.



Jika merujuk Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu ditakrifkan dalam Perkara 160(2) sebagai seseorang yang beragama Islam. Lazimnya, mereka ini bercakap dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Seseorang itu dikatakan Melayu apabila lahir sebelum kemerdekaan di Persekutuan atau di Singapura; atau ibu atau bapanya lahir di Persekutuan atau di Singapura; atau pada hari merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura.

Di samping Perkara 160(2), Melayu turut ditakrifkan di bawah Perkara 89(6) yang menyatakan bahawa seseorang itu disifatkan sebagai seorang Melayu bagi maksud merizabkan tanah di bawah undang-undang bagi negeri mereka bermastautin. Perkara ini menjelaskan bahawa takrifan Melayu itu boleh dipecahkan kepada dua, iaitu berdasarkan sosiobudaya dan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Terdapat beberapa perkara yang boleh dibincangkan dalam kedua-dua takrifan di atas. Pertama, untuk menjadi seorang Melayu mengikut Perlembagaan Persekutuan tidaklah semestinya seseorang itu berketurunan Melayu. Seorang India boleh dianggap sebagai Melayu sekiranya beragama Islam, menjadi kelazimannya bertutur dalam bahasa Melayu, dan mengamalkan adat Melayu. Sebaliknya, walaupun dia seorang yang berketurunan Melayu sekalipun, bagi maksud Perlembagaan, dia bukan Melayu jika tidak beragama Islam.
 (Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Julai 2011. Kandungan rencana telah disunting drpd kandungan asal.)
Takrifan tentang asal usul Melayu dan siapakah Melayu daripada seorang insan kepada seorang insan yang lain adalah berbeza-beza. Masing-masing memiliki pendapat serta pandangan daripada sudut yang berlainan. Pandangan tersebut dibuat mungkin berdasarkan daripada hasil bacaan, penelitian, pengalaman hidup, persekitaran serta pelbagai sudut tafsiran. Jika tafsiran yang diberi daripada seorang yang berumur 20 tahun dan seorang insan yang berumur 50 tahun, pasti pandangan tersebut mempunyai jurang perbezaan yang ketara, kecuali pendapat tentang sesuatu perkara di kongsi daripada generasi ke generasi...namun penerimaan terhadap sesuatu perkara yang diceritakan tetap tidak sama dan sekata....Bagaimana untuk memberi penerangan yang terang dan jelas tentang asal usul Melayu sehingga tiada soalan 'bodoh' yang akan dilontarkan tentang Melayu ? Masih ada anak Melayu 'mungkin segelintir kecilnya' yang hidup di Tanah Air Melayu tetapi masih mempertikaikan 'Kemelayuan' mereka sendiri. Kenapa terdapat orang Melayu yang masih mempertikaikan kemelayuannya sendiri, tidakkah mereka bangga dengan asal-usul mereka ? Ada pendapat menyatakan bahawa Melayu itu hanyalah adat tetapi bukan bangsa, benarkan begitu ? Dan jika semua pendapat orang Melayu saling bercanggah, adakah mereka akan saling berbalah ? Jika pula pendapat Melayu semua adalah sama, adakah ini akan mewujudkan keharmonian serta kerjasama sesama mereka ????????   Mungkin mudah untuk 'ajak' semua Melayu agar kembali BERSATU...namun mudah juga untuk 'ajak' semua Melayu untuk Berpecah.....

Apa yg lebih penting Melayu harus tetapkan Hati dan Kuatkan Minda...Insyallah... Melayu bukan saja ada di hati, di jiwa serta di Minda, tetapi tetap tersemat di dalam diri untuk selamanya !!

No comments:

Post a Comment