Hari ini genaplah 4 tahun pemerintahan Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri. 4 tahun sebenarnya, adalah masa yang singkat bagi kita menilai seseorang pemimpin, namun tidak bagi pemimpin seperti Dato' Seri Najib Tun Razak.
Dalam hanya 4 tahun, Dato' Seri Najib telah berjaya membuktikan kredibiliti dan kebijaksanaannya mentadbir negara, dan angka-angka ekonomi serta kepuasan hati rakyat adalah buktinya.
Lihat saja di media-media massa yang terpaksa menyediakan ruang yang agak besar untuk menyenaraikan segala pencapaian Dato' Seri Najib bermula dari memperkenalkan konsep 1Malaysia sehinggalah kepada GTP, ETP dan pemberian-pemberian tunai kepada rakyat. Begitu juga dengan pencapaian dari segi GDP dan juga indeks keyakinan pelabur, pembentarasan rasuah dan berbagai-bagai lagi yang mana tidak mungkin tercapai jika Dato' Seri Najib bukan seorang pemimpin yang benar-benar berkesan.
Walau apapun yang dituduh dan diperkatakan tentang beliau, namun Dato' Seri Najib ternyata seorang yang sukar untuk digoyah. Sifat tenang beliau membolehkan beliau mengendali setiap situasi dan cabaran dengan baik. Jika dahulu bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dijadikan sasaran fitnah hebat serta kutukan dan cemuhan pembangkang yang masih berterusan sehingga kini, namun tidak keterlaluan dikatakan bahawa apa yang perlu dilalui oleh Dato' Seri Najib adalah lebih hebat lagi.
Fitnah yang melanda Dato' Seri Najib begitu dahsyat, iaitu termasuk terlibat dalam pembunuhan. Malah isteri dan anak menantu beliau juga menjadi sasaran fitnah yang bukan-bukan sehingga kepada tuduhan mengamalkan ilmu hitam. Beliau juga difitnah memakai tangkal di Mekah serta memakai rantai emas.
Apa yang menarik ialah, ketika pembangkang giat memfitnah beliau, Dato' Seri Najib meneruskan tugasnya memimpin negara seperti biasa. Akibat keengganan beliau untuk melayan karenah pembangkang, maka pembangkang terpaksa menggiatkan lagi usaha fitnah sehingga akhirnya pembohongan mereka menjadi terlalu besar dan tidak terkawal.
Era BlackBerry®
No comments:
Post a Comment