Wednesday, April 23, 2014

KENYATAAN FITNAH

Kenyataan Rasmi Wira Perkasa Wilayah Persekutuan Berkenaan Fitnah Jahat Portal The Malaysian Insider terhadap Majlis Fatwa Kebangsaan

Kepimpinan Wira Perkasa Wilayah menyelar sekeras-kerasnya portal berita berbahasa Inggeris,The Malaysian Insider (TMI) yang dengan sengaja menerbitkan sebuah artikel yang menuduh Majlis Fatwa Kebangsaan sengaja mengeluarkan larangan mengucapkan "Rest In Peace" khusus berikutan kematian Ahli Parlimen Jelutong,Karpal Singh.Hal ini amat dikeasli kerana TMI dilihat telah mengetepikan etika profesionalisme kewartawanan dalam menyebarkan berita.

Selain menjatuhkan kredibiliti Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai badan berautoriti dalam hal ehwal agama Islam di Malaysia yang dinaungi oleh Majlis Raja-Raja Melayu,perbuatan TMI juga secara tidak langsung memberi gambaran negatif terhadap Islam dan penganutnya.Apakah TMI ingin menyuburkan pergeseran antara agama di negara yang berbilang bangsa ini?

Justeru amatlah tidak wajar bilamana sebuah portal berita yang diharap dapat menyampaikan maklumat tepat kepada rakyat menjadi pembawa fitnah dan agen pemecahbelah kesatuan dan perpaduan rakyat di Malaysia

Wira Perkasa Malaysia dengan ini,bersolidariti dengan Persatuan Peguam Syarie Malaysia yang turut membantah kebiadaban TMI di  dan meminta umat Islam khususnya agar turut bersama menyatakan bantahan.

Buat sidang editorial TMI ambillah tindakan sewajarnya sebelum kemarahan rakyat memuncak dan mendatangkan malapetaka yang tidak diingini.Ingatlah pada pesan pepatah, "Dimana bumi dipijak,di situ langit di junjung"

ZUKHAIRI BIN MD OSMAN
Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Wilayah Persekutuan.

No comments:

Post a Comment