Tuesday, December 24, 2013

Kesinambungan Sebuah Perjuangan

Syukur Alhamdulillah,,,,,

Persidangan Agung Tahunan Perkasa Malaysia Ke-4, akhirnya berlansung dengan jayanya, denga kehadiran ketiga-tiga sayap iaitu Wiranita Perkasa, Wira Perkasa dan Wirawati Perkasa. Persidangan kali ini lebih bermakna kerana dirasmikan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan turut sama bekas Menteri Pertanian, Tan Sri Sanusi Junid.

Persidangan yang bermula seawal jam 8.00 pagi dengan kehadiran tetamu jemputan dan para perwakilan, berakhir tepat jam 6.30 petang, dengan penutupan persidangan oleh ucapan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali. Kali ini perwakilan membahaskan isu ekonomi, yang mana banyak perkara-perkara semasa yang berkait rapat dengan kehidupan masyarakat hari ini terutama perbelanjaan kos saradiri.

Terima kasih kepada semua yg hadir khasnya Team Exco Pusat WIRAWATI PERKASA MALAYSIA yang diketuai oleh Pn Marini Nasution, anda memang menunjukkan semangat seorang srikandi. Tak lupa juga para perwakilan dari setiap negeri yang hadir  menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bagi.

Wirawati Pusat, mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat sejak dari awal persiapan, sehinggalah berakhirnya majlis.

Kepada yang baru dilantik semoga ianya menjadi satu titik kesinambungan dalam menperjuangkan Agama Bangsa dan Tanah Air. In Sya Allah

 
 




Appreciation for..... +Marini Nasution  +Fauziah M Amin Rusiah Ariffin +Mimie Haryanie Alias 
 @Nora, @Nurul Husna, @Nadia, @Anum @Nor Azween @Umi Kalthom, @Nurul Hazwani,    ...... Thank you for the great commitment girls


No comments:

Post a Comment