Monday, September 2, 2013

Wirawati : @MariniNasution sambung perjuangan @zaiera_jaafar


Pertama kali jumpa dengan beliau tak dapat dinafikan perlawaan untuk bersama dalam PERKASA, adalah demi sebuah perjuangan yang tak pernah mimpi sebelum ini. Tak pernah disuntik dengan aura dan semangat nak berjuang, memang rasa sangat teruja. Beberapa tahun bersama Wirawati Perkasa, mengharungi suka duka dalam perjuangan sangat bermakna.

Apa saja program atau aktiviti wirawati dah pasti ada kelibat ketuanya. Beliau tak pernah gagal untuk turut serta bersama-sama dalam acara atau program yang memerlukan kehadirannya. Memang sinonim, bila sebut Ketua Wirawati semua dah maklum siapa orangnya, tak perlu lagi nak sebut namanya.

Hari ni setelah hampir empat (4) tahun berjuang atas nama Agama, Bangsa dan Negara, beliau mengumum untuk melepaskan jawatan sebagai Ketua Wirawati Perkasa Malaysia. Bukan diminta, disuruh atau dipaksa, tetapi atas sebab-sebab kesihatan yang memerlukan beliau berehat, dan tak boleh nak bergerak aktif seperti dulu.

Berkuatkuasa 31 Ogos 2013, jawatan Ketua Wirawati Perkasa Malaysia yang selama ini di amanahkan kepada Cik Zaira Jaafar akan di teruskan oleh Pn Marini Nasution yang sekaligus sebagai Ketua Wirawati Perkasa Malaysia. Semoga dengan kepimpinan beliau kali ini bagi meneruskan perjuangan atas nama Agama Bangsa & Negara akan mendapat sokongan dan kerjasama dari semua pihak. 

No comments:

Post a Comment