Monday, April 1, 2013

PAS Kedah Tobat Tak Mau Janji Lagi?

Nampaknya Dato' Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah telah membuat kenyataan yang boleh disifatkan sebagai 'politically incorrect' apabila mengkritik rakan sekutu sendiri terutama di saat pilihanraya menjelang tiba.

Kata Azizan di dalam satu wawancara ekslusif bersama The Malaysian Insider, PKR Selangor telah berbuat kesilapan kerana menabur janji yang terlalu banyak yang tidak mampu ditunaikan. Malah beliau juga menyatakan bahawa kesilapan itu adalah berpunca dari ketiadaan pengalaman dan menuduh rakyat yang menuntut janji agar kerajaan membayar rumah mereka sebagai 'puak yang gila'.

Tidak semena-mena yang menuntut janji pula yang dituduh gila, sedangkan yang gila adalah parti yang gila-gila menabur janji-janji gila.

Kata orang, menilai seorang itu adalah dari rakannya, dan PAS Kedah adalah rakan kepada PKR Selangor juga. Maka, jika PKR Selangor gila, maka tentulah gila juga PAS Kedah kerana sanggup berkawan dengannya.

Buktinya, menurut Azizan, slogan Kedah Sejahtera membawa maksud kerajaan yang hanya menjamin keselamatan dan kesejahteraan tetapi bukan membiarkan rakyat bergantung kepada kerajaan. Dalam kata lain, asalkan tidak rasuah, maka sesiapa saja boleh jadi kerajaan walaupun tidak mampu menjana wang negeri.

Hujah Azizan adalah separuh betul, iaitu rakyat perlu mencari wang sendiri, tetapi Azizan sebagai tonggak kerajaan perlu menyediakan peluang pekerjaan, suasana yang stabil dan berdaya untuk maju dan membangun bagi membolehkan rakyat mencari wang itu. Takkan Azizan mengharap rakyat membina kilang sendiri untuk bekerja sebagai kuli? Tentulah Azizan yang perlu mengusahakan pelaburnya.

Mungkin ramai rakyat Kedah yang tidak tahu bahawa pembangunan kedai dan rumah di Kedah majoritinya hanyalah kesinambungan dari projek BN. Sejak PAS mengambil alih, satu projek pun tidak berjalan dengan lancar. Malah, membina masjid pun tidak mampu tetapi tidak malu menipu mengambil nama atas usaha BN.

Era BlackBerry®

No comments:

Post a Comment