Wednesday, November 14, 2012

PEMBANGKANG KURANG AJAR DALANG GEJALA HINA INSTITUSI RAJA MELAYU !

Pendakwaan juruukur bahan, Ahmad Abd Jalil atas dua pertuduhan menghina Sultan Johor Sultan Ibrahim menerusi laman sosial Facebook bukanlah satu kejutan mahupun suattu perkara baru.

Gejala menghina institusi raja-raja Melayu sudah menular di kalangan penyokong-penyokong pakatan pembangkang sejak mutakhir ini.

Mereka giat menjalankan kegiatan anti-raja melalui ruang-ruang siber yang sediada seperti facebook, blog, twitter dan sebagainya.

Jika dibaca komen-komen yang menghina peribadi raja-raja dan institusi yang mereka wakili, tidak disangka kebanyakannya datang dari individu-individu Melayu yang sudah tersimpang jauh daripada nilai-nilai jati diri bangsa mereka sendiri.


Kalau sebelum munculnya Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008, amat jarang sekali didengari suara-suara sumbang mempertikaikan kedudukan dan kuasa raja-raja.

Namun penyakit ini nampaknya berleluasa dan menjadi ikutan pendokong pembangkang setelah mereka melihat gelagat beberapa tokoh pembangkang yang begitu berani menyanggah sultan secara terbuka dan terang-terangan.

Rakyat tidak lupa episod hitam di hadapan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar pada 6 Februari 2009 apabila sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat menahan, menyerbu dan menyergah kereta rasmi Raja Di Hilir Perak dengan cara kasar.

Ini terjadi berikutan seruan sembah derhaka Nizar Jamaluddin kepada Sultan Perak ketika kerajaan negeri Pakatan Rakyat di ambang kejatuhan akibat tindakan tiga ADUN mereka melompat meninggalkan parti masing-masing.

Perbuatan menghina Sultan Perak diteruskan pula oleh Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh yang dituduh mengeluarkan kata-kata berbaur hasutan terhadap baginda di pejabat firma guamannya di Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur, pada 6 Februari 2009.

Karpal didakwa berkata pemecatan Nizar sebagai Menteri Besar Perak dan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ke jawatan itu oleh Sultan Azlan Shah boleh dipertikai di mahkamah.

era

No comments:

Post a Comment