Wednesday, November 21, 2012

Demi Gaza

Tahniah kepada beberapa pihak yang begitu prihati bila mana mendengar saudara mara kita ditindas di bumi Gaza, pelbagai cara yang cuba dilakukan bagi menunjukkan bantahan atas kekejaman Israel terhadap umat Islam di Palestin.

Ada yang buat solat hajat, buat perhimpunan secara aman sambil mengumpul dana, selagi ada cara yang dapat membantu, selagi itu mereka ini tidak akan duduk dan melihat sahaja. Semoga Tuhan akan mempemudahkan usaha2 murni dan menyelamat umat Islam yang tak berdosa di bumi Gaza.


Semua pihak bersatu, tak kira dari beberapa buah badan2 NGO yang berlainan, tanpa menghirau kepentingan diri sendiri. Ramai anak2 kecil, orang2 tuan dan wanita2 yang tak upaya terkorban akibat daripada kezaliman Israel. Rakyat dunia kini bangkit menunjukkan kemarahan kepada rejim zionis. Pelbagai mesej dan saranan serta pesanan agar serangan segera dihentikan, namun sedikit pun tak di endahkan Israel.

Tahniah juga kepada rakyat Malaysia yang pergi ke Gaza bagi menyelamat dan menyerahkan bantuan makanan, perubatan dan pakaian bagi melindungi rakyat Palestin dari rejim zionis zalim dan musim sejuk yang sedang melanda Gaza. Palestin akan terus dibela oleh Rakyat Malaysia.


Mari kita sama mendo'akan untuk GAZA, Palestine.

YA ALLAH.! SBGAIMANA KAU PERNAH 'HANTAR BURUNG2 ABABIL MENGHANCURKAN TENTERA BERGAJAH MUSYRIKIN, MAKA KAMI MEMOHON KPD-MU YA ALLAH.. TURUNKANLAH BANTUAN MU KALI INI KPD SDR2 KAMI DAN SELAMATKANLAH ORANG2 ISLAM DI BUMI NEGARA PALESTIN, HANCURKANLAH DAN LAKNATKANLAH REJIM ZIONIS YAHUDI SEDAHSYAT2NYA آمِيّنْ... آمِيّنْ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ......
.
angrybird's BlackBerry®

No comments:

Post a Comment