Saturday, September 29, 2012

BUDGET PEMBANGKANG UMPAMA MIMPI DALAM MIMPI.

Setiap kali pembentangan bajet oleh kerajaan, setiap kali itulah puak pembangkang mengemukakan belajawannya sendiri.

Perkara ini berlaku sejak 2008 apabila pembangkang yang menjenamakan diri mereka Pakatan Rakyat berjaya menafikan Barisan Nasional majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Pembangkang berasa amat teruja, gah malah timbul riak dan sombong sambil mendabik dada seperti dalam filem King Kong bahawa merekalah juara rakyat.



Malangnya mimpi mereka untuk menduduki Putrajaya tidak tercapai kerana rakyat masih mempercayai dan meletakkan keyakinan kepada BN dan Umno sebagai tunjang utama pemerintahan negara.

Pelbagai taktik digunakan oleh pembangkang untuk menunjukkan rakyat mereka adalah lebih baik daripada BN.

Apatah lagi apabila Anwar Ibrahim memasukki semula Parlimen sebagai Ketua Pembangkang pada Ogos 2008, bertambah rancaklah adegan dan lakonan mereka di bawah bekas banduan Penjara Sg Buloh itu sebagai sutradara.

Antara pementasan tahunan Anwar ialah membentangkan "Bajet Pembangkang" yang akan dilakukan sehari dua sebelum Perdana Menteri membentangkan belanjawan negara bagi tahun 2013.

Tahun ini pembangkang berbuat demikian pada hari Rabu 27 September iaitu dua hari sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak berucap di Parlimen.

Inilah taktik Anwar setiap tahun kerana sekiranya ada sedikit persamaan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dengan belanjawan olok-olokan pembangkang, maka senanglah beliau menuduh bahawa BN menciplak ide-ide tersebut daripada Pakatan Rakyat.

Tahun ini tidak ada bezanya dengan tahun-tahun sebelumnya.

Walaupun dilabel gagal menjalankan tugas sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, namun Anwar tetap mahu membuktikan pengalamannya sebagai Menteri Kewangan selama lapan tahun masih bersinar dan menyengat.

Hakikatnya senario kewangan dunia dan ekonomi global sudah jauh berubah meninggalkan Anwar yang masih terkongkong dalam kepompong pemikiran pengurusan ekonomi yang lapuk dan usang.

era

No comments:

Post a Comment