Thursday, August 30, 2012

Nak Sambut Merdeka atau Nak Bertempur Puak Serabut Nie??

Malam ini tentunya ramai warga kota yang akan keluar bersama keluarga atau rakan-rakan untuk sama-sama memeriahkan sambutan malam kemerdekaan negara yang ke-55.

Sementara itu dengan hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi menjelang detik 12.00 tengah malam, sebahagian kita mula tertanya-tanya akan senario yang bakal berlaku malam nanti.

Ini kerana tumpuan umum pada malam ini bukan sahaja akan fokus pada pelbagai acara sambutan ambang merdeka yang bakal berlangsung malah turut tertumpu pada satu program politik anti semangat kemerdekaan yang dianjurkan oleh NGO proksi parti pembangkang.


Penganjuran program politik itu mempunyai kaitan rapat dengan individu-individu yang sebelum ini terbabit secara langsung menggerakkan NGO BERSIH yang mencetuskan demonstrasi jalanan dan kekacauan di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur pada 09 Julai 2011 dan 28 April 2012.

Sebelumnya mereka berhimpun atas nama NGO BERSIH, kali ini bezanya mereka tidak menggunakan platform NGO tersebut secara terbuka tapi sebenarnya kesemua mereka adalah dari pihak yang sama.

Melihat pada latarbelakang dan sejarah hitam orang perseorangan yang terlibat dalam "Himpunan Janji Bersih" ini, khalayak umum tertanya-tanya mungkinkah malam nanti akan berlaku lagi huru hara atau pertempuran ganas seperti mana himpunan Bersih 3.0 yang lepas?

Jika sebelum ini penganjur yang sama pernah gagal menunaikan janji manis untuk memastikan suasana kekal aman tenteram hingga tamat program, apa jaminan janji yang sama untuk perhimpunan kali ini akan ditepati?.

Gara-gara kegagalan mereka mengawal tingkah laku peserta ditambah lagi dengan ucapan provokasi pemimpin mereka yang sengja menghasut para peserta menentang pihak keselamatan, kesannya ramai yang tercedera manakala harta benda awam pula musnah dan negara terpaksa menanggung kerugian berjuta ringgit.

Kita tetap harap para peserta yang mahu sedondong kuning ini akan belajar menepati janji mematuhi undang-undang dan tiada kalangan mereka yang cuba melanggar arahan pihak berkuasa atau sengaja melakukan provokasi.

era

No comments:

Post a Comment