Friday, July 6, 2012

WIRAWATI KEDAH ANJUR BOWLING

Wirawati Perkasa Negeri Kedah akan menganjurkan Bowling Antara Industri 2012 pada 14 Julai 2012 bertempat di Sejati Super Bowl, Taman Sejati, Sg. Petani, Kedah. Program tersebut bagi mengeratkan lagi hubungan sesama belia hari ini terutama pekerja-pekerja industri di sekitar Daerah Kuala Muda. Penyertaan di buka kepada sesiapa saja yang berminat dengan bayaran RM50.


Ketua Wirawati Perkasa Malaysia, Cik Zaira Jaafar juga akan turut bersama-sama bagi merasmikan program pada paginya, manakala perasmian penutup oleh Timbalan Menteri, Dato' Mukhriz Mahathir, yang juga Ahli Parlimen Jerlun.

Menurut kata Puan Siti yang merupakan urusetia program, pendaftaran di buka untuk 40 kumpulan di mana setiap kumpulan seramai 4orang peserta. Setakat hari ini seramai 80 orang, iaitu 20 kumpulan telah pun mendaftar. Pertandingan akan di adakan dua sesi, iaitu pagi dan petang. Target untuk program kali ini seramai 40 kumpulan pekerja-pekerja industri Daerah Kuala Muda dan kawasan-kawansan yang berdekatan.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai bolehlah hubungi urusetia program Puan Siti 017-4905731, Puan Faridah 013-4167533, Puan Intan 013-411313. Sila daftar cepat kerana tempat adalah terhad.

No comments:

Post a Comment