Thursday, June 14, 2012

Himpunan Hijau RASIS PAS Takutkan Masyarakat Cina?

Kaum Cina dikatakan sebagai kaum yang praktikal dan tidak emosional, iaitu yang menilai kehidupan dari segi logik, angka dan fakta. Kerana itu, selama beberapa dekad, mereka setia kepada Barisan Nasional yang dilihat sebagai mampu memberikan mereka kesenangan.

Tetapi, akhir-akhir ini, kaum Cina mula mengambil mudah akan kesenangan itu. Mereka percaya kesenangan yang mereka kecapi adalah hasil dari titik-peluh sendiri tanpa terhutang budi kepada sesiapa. Seolah-olah mereka mampu mengumpul kekayaan yang sama tidak kira siapa pun yang menjadi pemerintah. Lebih dari itu, mereka juga percaya bahawa jika kaum mereka yang memerintah maka kekayaan mereka akan berlipat ganda lagi.

Justeru, mereka pun mempertaruhkan nasib mereka kepada Pakatan Rakyat, dengan keyakinan bahawa DAP akan sentiasa menjadi parti dominan yang mampu membonekakan PKR dan juga PAS.


Tetapi, keyakinan mereka bahawa kekuatan perkauman dan ekonomi Cina DAP mengatasi semangat Melayu Islam di dalam PAS kini mula goyah apabila Himpunan Hijau PAS menyaksikan kekuatan baru parti yang bertopengkan Islam itu. Walaupun PAS mengalami kemerosotan sokongan Melayu secara drastik kebelakangan ini, Himpunan Hijau PAS ternyata telah berjaya mencapai jumlah sasaran, besar kemungkinan kerana isu hudud kembali dimainkan oleh pemimpinnya.

Umum tahu bahawa rata-rata penyokong PAS masih impikan Negara Islam dan hudud serta menganggap ekstremisme sebagai kesempurnaan Islam kerana itulah yang disogokkan oleh pemimpin-pemimpin PAS ke dalam pemikiran mereka sejak dahulu kala, yakni sejak Amanat kafir Hadi Awang.

PAS mempromosikan ektremisme untuk membezakan diri mereka dari UMNO. Ini dilakukan dengan menjaja fahaman bahawa yang ekstrem itu benar dan yang sederhana seperti UMNO adalah jahil, sesat, hatta kafir. Fahaman dan pemikiran ini telah pun berakar umbi di dalam hati sanubari penyokong-penyokong mereka walaupun ramai pemimpin mereka hari ini cuba menafikannya.

era

No comments:

Post a Comment