Wednesday, May 2, 2012

Sudut Pandang Aku

Syabas dan tahniah kepada PDRM, dengan segala usaha yang bersungguh-sungguh Malaysia tanah tumpah darah yang aku cintai masih lagi kekal aman. Aku masih boleh keluar bekerja pagi-pagi. Tak perlu aku nak risau untuk pergi ke mana-mana.

Kekecohan yang berlaku dalam sehari telah membuat ramai yang bimbang. Para peniaga yang mencari rezeki bimbang jika keadaan yang berterusan akan buat mereka hilang punca rezeki. Bukan sahaja para peniaga, malah ramai lagi pihak yang turut bimbang.



Sering kita lihat, baca dan dengar negara-negara luar yang huru-hara akibat dari kekecohan dan rusuhan. Nampaknya pihak yang bertanggungjawab tidak terfikir akibat dan kesan dari perlakuan mereka itu. Segala-galanya berubah bila masing-masing merasakan mereka berhak berbuat demikian semata-mata untuk menarik perhatian pihak yang mempunyai kuasa.

Dalam pada itu mereka lupa bahawa mereka punya keluarga dan saudara mara serta anak-anak kecil yang masih perlukan sebuah negara yang aman untuk di diami. Perbuatan yang mengikut hati dan perasaan tanpa berfikir panjang akan mengakibatkan mereka sendiri yang dalam kesusahan.

Mungkin ada yang akan ambil iktibar dari kejadian yang berlaku. Dalam pada itu ada yang merasakan suatu keseronokan bila dapat menyusahkan orang ramai. Semoga Tuhan akan melindungi dan memberi petunjuk dan kepada mereka-mereka yang masih tidak dapat berfikir dengan waras. Sama-sama kita doakan mereka. Insya'allah.



angrybird

No comments:

Post a Comment