Sunday, May 13, 2012

Semangatnya Belia Kita! !

Apabila melihat kepada persediaan menjelang Hari Belia Negara serta segmen pelbagai 'genre' yang bakal diadakan kelak membuat kebanyakan para belia kita begitu teruja dan menanti detik tibanya hari yang mereka nantikan.

Bukan main bersemangat jadinya apabila mengenangkan pelbagai aktiviti serta segmen yang amat menarik untuk disertai. Para petugas sukarelawan serta pelbagai peringkat belia mempunyai acara kegemaran masing-masing yang pastinya membawa satu rasa gembira serta kepuasan yang tidak tergambar oleh kata-kata. Acara yang berlangsung astinya dapat memuaskan hati semua golongan remaja yang datang kelak.

Pastinya tiada keluh atau kesah yang bakal disebut kerana semestinya sebelum bermulanya hari yang ditunggu-tunggupatinya semangat untuk hadir memeriahkan program hebat ini tidak akan terpadam!

No comments:

Post a Comment