Friday, May 11, 2012

Perhimpunan MAHA UMNO ! Gelombang Merah bukti KUKUH kekuatan UMNO !

Pada mlm ini Stadium Bukit Jalil di meriahkan dengan Perhimpunan Raksaksa UMNO seluruh negara yang bergabung membentuk Gelombang Merah dengan begitu gah !

Ini bukan Perhimpunan utk menonton perlawanan bola sepak 'Manchester United' tapi perhimpunan MAHA UMNO ! Perhimpunan yang luar biasa dan perlambangan kekuatan UMNO, perlambangan roh bersemangat UMNO ! Perlambangan Perjuangan gigih UMNO !!



Ini membuktikan kekuatan UMNO tidak pudar dan tidak menurun, malah bertambah kukuh dan hebat ! Sokongan terhadap UMNO memang tidak pernah luntur kerana perjuangan UMNO yang telah sebati tetap tersemat dalam hati dan sanubari setiap ahli dan peminat nya.

UMNO parti yang menghormati undang-undang negara dan tidak perlukan anggota polis untuk menjaga keamanan dan bebas daripada rasa 'tension'. Inilah contoh terbaik yang harus dicontohi oleh setiap parti politik dan NGO yang 'teringin' sangat nak adakan perhimpunan.

Ini contoh perhimpunan orang yang bertamadun, hormati perlembagaan negara dan hormati keamanan yang sediada, Kerana usaha UMNO negara kita dapat memacu kejayaan dan pembangunan yang seperti hari ini. Jikalau ada yang ingin merobohkan keamanan yang dikecapi maka memang jenis manusia yang tidak layak dipanggil sebagai seorang warganegara Malaysia. Patut dilucutkan sahaja kewarganegaraan yang mereka ada kerana mereka tidak tahu berkelakuan seperti seorang yang bergelar 'Rakyat Malaysia' yang bermaruah.
UMNO terus mara untuk rakyat Malaysia, Hidup UMNO !

-Era-

No comments:

Post a Comment